Harian Metro

RASA HATI WANITA

-

Kehadiran single Kalimah berentak balada ‘temani’ peminat Amy pada saat duka

Lama rasanya kita tidak mendengar suara merdu

Amy Mastura menyanyika­n lagu berentak balada. Mana tidaknya, namanya lebih sinonim dengan lagu berentak ‘catchy’ seperti Sha Na Na dan Menari Ler.

Terbaru, Amy hadir dengan single terbarunya berjudul Kalimah, ciptaan komposer dan penulis lirik, Ardiv Jauhari. Berbeza dengan single sebelumnya, Kalimah mengetenga­hkan genre balada yang sederhana berbanding lagu Amy sebelum ini.

Kalau dilihat daripada judulnya, pasti ramai berpendapa­t lagu Kalimah berteraska­n ketuhanan. Telahan itu silap kerana jalan cerita Kalimah mengenai cinta dan perasaan. Dalam liriknya, Kalimah menyampaik­an rasa hati seorang wanita yang cuba melupakan seseorang yang pernah dicintainy­a namun tidak berjaya kerana bayanganny­a sentiasa muncul dalam mindanya.

Sedikit sebanyak, Kalimah mengimbau semula lagu-lagu popular Amy seperti Kasihku Sinar yang pernah menjadi lagu tema drama bersiri Mya Zara. Kalimah turut hadir dengan video muzik yang sangat menarik dan lebih manis lagi, buat kali pertama Amy tampilkan suaminya, Alvin Tham Suffian.

Bagi Amy, kehadiran single berentak balada itu untuk ‘menemani’ peminatnya pada saat duka.

“Sudah lama saya tidak keluar dengan single balada. Sesekali, saya ingin hadiahkan peminat dengan lagu berentak begini yang bukan hanya sesuai didengar ketika gembira, tetapi kala berduka.

“Lagu ini sebenarnya sudah dua tahun dirakamkan dengan lagu Menari Ler yang dikeluarka­n tahun lalu. Tetapi, lagu Kalimah saya keluarkan tahun ini kerana saya akan pastikan setiap tahun ada single baru,” katanya.

Ditanya mengenai pembabitan suaminya dalam penghasila­n video muzik Kalimah, Amy beritahu ia berlaku secara spontan.

“Kebetulan waktu itu suami saya ada di rumah jadi saya mengajakny­a sekali. Semuanya berlaku secara spontan dan serba ringkas,” kata Amy.

Apapun, Amy berharap Kalimah dapat mencuri hati peminat muzik tanah air. Solekan: Ezal Ezlizan (Instagram: @ezal_ezlizan)

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia