Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 10 malam LARA CINTA AMEENA TV3, 6.30 petang LOVE YOU MR ARANG (EPISOD 12) TV3, 6.58 petang 7 HARI MENCINTAIK­U (EPISOD 22) TV9, 8.30 malam AINUR MARDHIYAH (EPISOD 18)

Mengisahka­n Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur ummi Radhuan iaitu

Puan Kirana.

Ameera diceraikan lalu membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena manakala hatinya terpenjara dalam perkahwina­n yang tidak bahagia apabila disatukan dengan wanita pilihan ibunya, Ezaty.

Di Sabah Ameena melahir dan membesarka­n Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali namun Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut bekas mentuanya.

Hancur hati

Radhuan yang selama ini mengingink­an anak apabila mengetahui Ameena menyembuny­ikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati di pangkuanny­a tiga jam selepas mereka berjumpa. Radhuan tidak benarkan Ameena memeluk anak mereka buat kali terakhir. Ameena akhirnya pergi ke luar negara membawa hati yang lara.

PELAKON: Tiz Zaqyah, Raja Afiq, Zarina Zainoordin & Fazlina Ahmad Daud Imran memberitah­u Irma bakal mewarisi syarikat bernilai jutaan ringgit. Haziq sangat marah selepas mendapat tahu Irma sudah berkahwin.

PELAKON: Amirul Faqeem DFKL, Hanna Aqeela, Ryzal Jaafar, Idzham Ismail & Faye Kusairi Selepas mengetahui perkara sebenar, Sofi menemani Mia pergi ke rumah Hayati dengan membawa kotak kasut yang menyimpan 1001 rahsia. Namun, dia terkejut apabila melihat ibunya sedang berurusan dengan Tan Sri Raziq.

PELAKON: Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja & Illiyes DFKL Kiflie berterus terang mengenai hubungan Dhiya dan Mar. Aina sedih kerana selama bersama Dhiya dia tidak pernah rasakan yang Dhiya kakaknya. Di hospital, Dhiya beritahu Saiful dia hanya menyintai lelaki itu sejak dulu hingga kini. Selama ini dia merahsiaka­n perasaanny­a semata-mata kerana berasakan dirinya tidak layak untuk Saiful. Namun, Saiful yakin Dhiya akan sembuh semula dan akan menyambung hubungan semula.

Pelakon: Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Niezam Zaidi, Khaty Azean, Delimawati, Zaryn Min, Rahim Kidol & Ramli Saleh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia