Harian Metro

PELBAGAI KHASIAT KETUTU

- DARI MUKA 1

Berpotensi diternak di kolam kerana harga mampu cecah RM1,000 sekilogram

Bagi lelaki pula, ikan ini dipercayai mengandung­i banyak enzim dan hormon yang mampu meningkatk­an tenaga batin.

Ikan ketutu dianggap antara 10 spesies ikan air tawar liar dikategori­kan sebagai makanan mewah dan eksklusif kerana harganya mampu mencecah RM300 sehingga RM1,000 sekilogram.

Walaupun mahal, ia tetap mendapat permintaan tinggi di negara ini dan beberapa negara seperti China, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong serta Korea.

Bagi masyarakat tempatan, spesies ikan air tawar itu lebih dikenali dengan nama ikan ubi, ikan haruan bodoh, ikan hantu dan ikan belantuk mungkin kerana rupanya yang hodoh atau seperti kayu mati di dalam air.

Bersifat karnivor dan agresif, ikan ketutu adalah sejenis spesies ikan liar yang sukar didapati, namun bagi yang mempunyai kepakaran menangkapn­ya, ikan ketutu boleh ditemui di kawasan berair tenang, celah kayu mati dan berpasir seperti tasik, empangan, lombong atau paya dan sungai yang jarang diterokai.

Pengurus Pusat Akuakultur Wild Marble Goby Tan Chong Sean,

43, berkata, permintaan tinggi menyebabka­n beliau mengusahak­an ternakan ikan ketutu organik secara komersial sejak lapan tahun lalu.

Bermula dengan ternakan secara kecilkecil­an di dalam kolam kanvas, kini sistem itu dinaik taraf dengan penggunaan tangki gentian bagi memastikan ikan itu tidak mudah terdedah kepada penyakit dan kuman.

Walaupun pernah gagal tiga kali, syarikatny­a kini menjadi antara pengeluar utama ikan ketutu di utara tanah air dan membelanja­kan hampir RM200,000 sepanjang lapan tahun lalu bagi menjalanka­n kajian mengenai kaedah berkesan menternak ikan berkenaan.

“Kini saya mempunyai 80 tangki gentian dengan setiap tangki mengandung­i 10,000 ikan ketutu liar mengikut saiz tertentu yang dibiak selama sembilan bulan bagi mencapai berat dikehendak­i pasaran iaitu 800 hingga 1,200 gram seekor.

“Apa yang membuatkan saya seronok dan bersungguh-sungguh mengusahak­an ikan ini ialah kerana tidak ramai mengkomers­ialkannya.

“Ikan ini juga bermusim. Disebabkan itu saya mengupah beberapa ejen di seluruh negara menangkap ikan ketutu

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia