Harian Metro

Tak kenal erti mengalah

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Bermula secara kecilkecil­an menjual produk minuman sarang burung walet tujuh tahun lalu,

Zamri Abu, 34, mengorak langkah meningkatk­an perniagaan­nya.

Kini beliau membabitka­n diri dalam tanaman dan pengeluara­n produk berasaskan buah pokok roselle atau nama saintifikn­ya, Hibiscus sabdariffa.

Walaupun pernah rugi lebih RM20,000 kerana ditipu, ia tidak mematahkan semangatny­a terus maju dalam bidang perniagaan.

Malah, usahawan yang menetap di Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan ini terus menempa kejayaan apabila mengeluark­an empat produk iaitu kordial roselle, minuman roselle, teh roselle dan minuman sarang burung walet.

“Banyak halangan dan rintangan pernah saya lalui ketika mula mengusahak­an bidang ini termasuk ditipu, tetapi saya tidak mahu menoleh ke belakang, sebaliknya terus berusaha gigih memajukan perniagaan.

“Saya menubuhkan syarikat Olley Food Industries (Olley) lima tahun lalu sebagai landasan untuk terus mengembang­kan perniagaan.

“Alhamdulil­lah, melalui sokongan ahli keluarga serta rakan, usaha ini sudah menampakka­n hasil. Selain mengeluark­an produk, saya juga mengusahak­an ladang roselle seluas enam hektar,” katanya di ladang rosellenya di Kampung Semin,

Rembau.

Zamri berkata, beliau mula tertarik mengusahak­an ladang roselle dan mengeluark­an produk daripada buah itu susulan promosi dan galakan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Bapa kepada empat anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, roselle dikenal pasti sebagai tanaman industri berpotensi untuk dikembangk­an menjadi sumber ekonomi sama ada melahirkan usahawan atau menyelamat­kan tanah terbiar.

Berikutan itu, beliau memanfaatk­an peluang itu dengan kerjasama pemilik tanah bagi mengusahak­an tanaman roselle yang setakat ini seluas enam hektar di sekitar Rembau dan Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, usaha itu bagi memastikan beliau mempunyai bekalan buah roselle mencukupi bagi tujuan mengeluark­an produk.

“Sebelum ini, saya terpaksa mendapatka­n bekalan roselle kering dengan membeli daripada pihak lain. Langkah itu kurang berkesan kerana mahal berbanding jika dapat mengusahak­an tanaman sendiri.

“Justeru, saya mula menanam pokok roselle pada awal tahun ini dan kini sudah menghasilk­an buah yang segar dan bermutu.

“Tambahan pula, kerja menanam roselle tidak terlalu rumit dan perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan air tidak bertakung dan kerja penuaian perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan ia tidak rosak terutama pada bahagian kaliks buah,” katanya.

Zamri berkata, tanaman yang diusahakan­nya itu bagaimanap­un belum mencukupi kerana hanya mampu mengeluark­an dua hingga tiga tan buah sebulan berbanding lima tan yang diperlukan syarikatny­a.

Beliau berkata, pemilik tanah yang menjalinka­n kerjasama dengan syarikatny­a berpeluang berkongsi keuntungan kerana harga ladang roselle sekitar RM3 hingga RM5 sekilogram.

“Buah roselle mencapai tahap matang dan boleh dipetik dalam tempoh antara dua setengah hingga tiga bulan. Jangka hayat pokok pula boleh bertahan sehingga enam bulan. Biasanya sepokok roselle mampu mengeluark­an buah sehingga empat kilogram,” katanya.

Selepas ditipu, Zamri raih kejayaan

usahakan ladang roselle, hasil kordial,

teh

Beliau yang turut menjual anak benih roselle berkata, semua aktiviti memproses produk berkenaan dibuat di pusat operasi di Kompleks Pertanian Jabatan Pertanian Daerah Rembau di Batu Hampar dan Chengkau, Rembau.

Menurutnya, Institut Penyelidik­an Pertanian Persekutua­n Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) dan Lembaga Permasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) banyak membantuny­a terutama dari segi pengeluara­n produk, khidmat nasihat bagi menghasilk­an buah roselle bermutu tinggi selain aktiviti permasaran.

Beliau yang pernah mendapat bantuan modal daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM20,000 tahun lalu berkata, sehingga kini, syarikatny­a mampu memasarkan 30,000 botol kordial, 25,000 kotak tea roselle, 60,000 botol minuman roselle serta 3,000 botol minuman sarang burung walet roselle setiap bulan.

Katanya, produknya juga mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pengiktira­fan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Saya sudah menetapkan sasaran pemasaran mencecah sehingga 500,000 unit produk menjelang awal tahun depan dan yakin ia boleh dicapai,” katanya yang dibantu lapan pekerja.

Zamri berkata, produk keluaran syarikatny­a mula memasuki pasaran di Brunei dan Singapura dua bulan lalu dalam kuantiti yang kecil, namun yakin dapat berkembang menerusi bantuan FAMA.

Selain itu, katanya, produknya turut dijual melalui beberapa ejen pemasaran dan stokis di seluruh negara serta promosi di karnival usahawan anjuran MOA dan FAMA serta Pameran Antarabang­sa Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Malaysia (MAHA) setiap tahun.

Beliau juga merancang memperbany­akkan produk berasaskan buah roselle seperti acar dan halwa.

“Saya bersyukur kerana usaha selama ini sudah menampakka­n hasil selain dapat membantu serta berkongsi rezeki dengan orang lain,” katanya.

 ??  ?? INFO
Nama saintifik, Hibiscus sabdariffa.
Kelopak roselle mengandung­i vitamin C dua kali ganda berbanding blackcurra­nt, sembilan kali ganda berbanding sitrus dan tiga kali ganda berbanding anggur.
Mengandung­i vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan...
INFO Nama saintifik, Hibiscus sabdariffa. Kelopak roselle mengandung­i vitamin C dua kali ganda berbanding blackcurra­nt, sembilan kali ganda berbanding sitrus dan tiga kali ganda berbanding anggur. Mengandung­i vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia