Harian Metro

Kelebihan baja BBF

-

Apakah baja yang sesuai bagi menguatkan akar dan tanah untuk tumbuhan?

Zurami Kassim Alor Gajah, Melaka

Black bio fertilizer (BBF) sesuai untuk menguatkan akar dan tanah tumbuhan. Ini kerana ia dibangunka­n daripada komposisi saintifik, unsur kalsium semula jadi, kaya dengan molekul organik yang terbentuk daripada bahan chelating semula jadi dan tinggi kandungan mikrob baik.

Baja ini larut dalam air secara beransur-ansur dan boleh diserap dengan cepat oleh tumbuh-tumbuhan.

Ia gabungan sempurna 22 peratus kalsium yang secara beransur-ansur larut dalam air, 16 peratus daripada sulfur, ketulenan tinggi dan selamat kepada mikroorgan­isma tanah.

Baja ini dilapisi chelating iaitu agen semula jadi bermutu tinggi. BBF juga mengandung­i kalsium, antara elemen khasiat makro asas kepada tumbuhtumb­uhan.

Ia pilihan terbaik untuk semua jenis tumbuhan, semua jenis tanah dan semua iklim serta tiada kesan sampingan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia.

Walaupun digunakan dalam kuantiti besar, ia tidak menjejaska­n tumbuhan kerana semua bahan komponen baja terdiri daripada sebatian organik.

Gabungan unsur khasiat baja ini dengan tanah juga tidak menjadikan tanah masin. Ia menyediaka­n sumber kalsium kepada tumbuhan kerana pokok tidak boleh membesar tanpa kalsium.

Baja ini juga mengandung­i kandungan tinggi mikroorgan­isma tanah yang berkualiti. Mikrob ini boleh menukar fostat kalsium, ferik dan aluminium di dalam tanah kepada fostat yang mudah diserap tumbuhan.

BBF juga mengandung­i mikrob berkualiti tinggi yang berupaya menggalakk­an pertumbuha­n dengan meningkatk­an fosforus mikro organisma dalam tanah.

Ia juga mempunyai agen chelating semula jadi yang boleh meningkatk­an ketersedia­an nutrien. Unsur chelate boleh meningkatk­an mobiliti nutrien dalam tanah.

Ia membantu sejumlah besar logam untuk kekal dalam bentuk mudah alih dan memudahkan pergerakan logam ke akar. Ia boleh memperting­katkan keupayaan pelepasan nutrien di dalam tanah dan mengurangk­an aktiviti larut lesap dan pemeluwapa­n baja atau nutrien.

Secara tidak langsung, ia dapat menyediaka­n lebih banyak pemakanan tumbuhan secara seragam, menggalakk­an pertumbuha­n yang lebih baik dan prestasi tumbuhan akan menjadi bertambah baik.

BBF juga mempunyai kalsium semula jadi, antara nutrien penting untuk mendapatka­n hasil maksimum dan berkualiti daripada tumbuhan.

Ia membantu menguatkan struktur tumbuhan keseluruha­nnya terutama akar dan daun tumbuh dengan kuat dan sihat.

Tumbuhan juga lebih kuat rintangan kepada angin, hujan batu, serangga dan punca kerosakan fizikal. Tindak balas kalsium semula jadi dengan mikro organisma tanah di dalam BBF boleh menukar hidrogen menggantik­an ion (H) dari permukaan tanah.

Ini penting bagi mikroorgan­isma yang menukar sisa organik di dalam tanah menjadi bahan organik, pelepasan nutrien menjadi lebih cekap dan meningkatk­an keupayaan tanah.

BBF mempunyai kalsium semula jadi yang sangat berkesan dan aktif yang membantu serta membolehka­n bakteria pengikat nitrogen membentuk nodul pada akar tumbuhan kekacang bagi memerangka­p gas nitrogen dari atmosfera.

Ini sekali gus menukarkan­nya ke dalam bentuk lebih mudah supaya tumbuh-tumbuhan boleh menyerap unsur tertentu dengan lebih cekap.

Manfaat BBF

Meningkatk­an hasil dan kualiti.

Memperbaik­i kualiti tanah.

Membina daya tumbuhan terhadap penyakit dan perosak.

Mengurangk­an penyakit daripada tanah.

Menghasilk­an unsur garam.

Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.

Ciri-ciri BBF

100 peratus organik (22 peratus daripada kalsium, 16 peratus sulfur).

Saiz butiran biji hitam antara 2 hingga 4 mm.

Larut secara beransuran­sur dalam air.

Baja ditambah dengan agen chelate semula jadi. jangkitan seperti selesema.

Buah strawberi juga dikatakan mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti malaria dan sembelit.

Kadar vitamin C yang tinggi dalam buah ini dapat membantu tubuh menyerap zat besi daripada makanan dan meningkatk­an kadar vitamin dalam tubuh.

Selain itu, buah ini juga membantu menjaga kesihatan pencernaan, menurunkan kolesterol dan menurunkan kadar glukosa.

Buah strawberi bermanfaat untuk menjaga kestabilan berat badan kerana memakan buah ini dapat mengekang nafsu makan, sekali gus membantu menurunkan berat badan.

Mengandung­i mikroorgan­isma penghurai fosfat.

Penggunaan BBF

Sebulan sekali bagi pokok dewasa 100 gram.

Sebulan sekali bagi anak pokok 50 gram.

Dua minggu sekali bagi pokok dewasa 50 gram.

Dua minggu sekali bagi anak pokok 25 gram.

Hamidah Saat Pengasas Haf Multi Trade

& Services

 ??  ?? BAJA BBF mengggunak­an jenama Black Water
Nano Fertilizer.
BAJA BBF mengggunak­an jenama Black Water Nano Fertilizer.
 ??  ?? BAJA BBF sesuai untuk akar dan tanah.
BAJA BBF sesuai untuk akar dan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia