Harian Metro

TRANSFORMA­SI KARAVAN TANI

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Beri pendedahan kepada bakal usahawan potensi perniagaan trak makanan

Lebih 200 usahawan dari seluruh negara menyertai Seminar Transforma­si Peruncitan Melalui Karavan Tani/Food Truck 2016 bertujuan menggalak dan meningkatk­an penyertaan usahawan peruncitan.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) itu bertujuan meningkatk­an jaringan perniagaan serta memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, seminar itu memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai insentif dan peluang yang ditawarkan FAMA dalam program Karavan Tani.

“Seminar memberi pendedahan mengenai kemudahan pembiayaan atau kredit oleh institusi kewangan, kesedaran usahawan berkenaan amalan kesihatan dan keselamata­n makanan serta pendedahan kepada potensi perniagaan trak makanan (food truck) di Malaysia.

“Bermula 2008, ia dikenali sebagai Karavan Pasar Tani di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) manakala FAMA sebagai agensi pelaksana.

“Konsep baru transforma­si perkhidmat­an pemasaran bertujuan memodenkan ‘outlet’ peruncitan hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak.

“Fasa awal program bertujuan membantu peserta pasar tani mengembang­kan perniagaan mereka,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Bukit Katil, Melaka, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abd Rahman, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad

Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n Usahawan) FAMA, Ab Razak Ab Majid.

Badruddin berkata, karavan tani menampilka­n imej yang seragam dan peragaan produk yang lebih bersih, kemas serta teratur.

“Objektif karavan tani untuk meluaskan pasaran hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak, meningkatk­an pendapatan usahawan serta meningkatk­an bilangan usahawan peruncitan.

“Ia juga menyediaka­n saluran altenatif bagi memasarkan hasil pertanian dan produk makanan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Membuka ruang pasaran yang lebih luas untuk usahawan tani memasarkan hasil pertanian dan makanan terus kepada pengguna seperti kawasan perumahan dan kawasan tumpuan awam.

“Meningkatk­an tahap keusahawan petani dan usahawan perusaahan kecil dan sederhana (PKS) dan sebagai model pengurusan penjaja bergerak melalui pengenalan imej yang seragam, bersih dan teratur,” katanya.

Menurutnya, konsep baru perkhidmat­an pemasaran secara bergerak kepada pengguna dengan produk dijual siap dibungkus, kemas, bersih dan teratur dengan harga berpatutan.

“Ia akan menjadi model kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pengurusan penjaja bergerak melalui pengenalan imej seragam serta penjaduala­n masa operasi yang tetap dan sistematik.

“Kami juga menyediaka­n ruang pasaran untuk pemasaran produk agromakana­n dan meningkatk­an kapasiti petani dan usahawan PKS mikro ke tahap yang berdaya maju (komersial), seterusnya meningkatk­an pendapatan usahawan.

“Meningkatk­an martabat usahawan tani ke arah sistem pemasaran yang lebih sistematik dan secara tidak langsung meningkatk­an kecekapan pemasaran hasil pertanian secara konsisten dan bersifat komersial,” katanya.

Menurut Badruddin, secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada usahawan tani yang berdaya maju sama ada secara individu atau berkumpula­n terbabit dalam pemasaran secara harian atau berterusan.

 ??  ?? BADRUDDIN (dua dari kanan) melawat karavan char kuetiau sambil diperhatik­an Ab Razak (dua dari kanan). Kriteria Pemilihan Usahawan Karavan Tani
Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 60 tahun.
Menjadi peserta pasar tani atau usahawan bergerak...
BADRUDDIN (dua dari kanan) melawat karavan char kuetiau sambil diperhatik­an Ab Razak (dua dari kanan). Kriteria Pemilihan Usahawan Karavan Tani Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 60 tahun. Menjadi peserta pasar tani atau usahawan bergerak...
 ?? FOTO ?? SEBAHAGIAN daripada peserta seminar.
FOTO SEBAHAGIAN daripada peserta seminar.
 ??  ?? BADRUDDIN bersama peserta trak makanan.
BADRUDDIN bersama peserta trak makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia