Harian Metro

BACA PUISI LUAH KESYUKURAN

- Abd Talib - Yusliza Yakimir

DARI MUKA 15

“Guru di pusat itu sentiasa bersedia membimbing dan memberikan katakata semangat ketika peperiksaa­n. Walaupun perjalanan masih jauh, saya tahu kami kini semakin maju,” kata Durgavaiis­hnavi yang menerima bantuan tuisyen daripada sebuah pusat pendidikan di Pangsapuri Enggang kendalian Yayasan Kemanusiaa­n Kassim Chin (KCHF) di bawah sokongan program F&N E.L.I.T.E. bersama kembarnya, sejak lima tahun lalu.

Durgavaiis­hnavi yang menjadi tumpuan utama pada Majlis Penyampaia­n Sijil F&N E.L.I.T.E. 2016, membacakan puisi penghargaa­n yang ditulis sendiri dengan lancar dalam Bahasa Inggeris untuk merakamkan penghargaa­nnya atas sokongan berterusan F&N Holdings dan KCHF.

Dia dan 29 rakan sebayanya menunjukka­n apa yang mereka pelajari di program pendidikan KCHF dengan yakin menerusi pelbagai persembaha­n termasuk tarian budaya, bacaan puisi dan nyanyian lagu.

Program F&N E.L.I.T.E. diasaskan untuk memberi peluang kepada kanakkanak kurang bernasib baik mencapai permulaan saksama dalam hidup dengan mendapat asas pengajian dan membantu mereka melanjutka­n pelajaran ke peringkat seterusnya. Ini boleh dilakukan dengan memperkasa­kan pelajar dan keluarga untuk melangkah lebih jauh dan merencanak­an masa depan yang lebih cemerlang.

Menerusi program ini, F&N Dairies memberikan bantuan kewangan untuk menyenggar­a pusat tuisyen Pangsapuri Enggang KCHF dan bantuan makanan dalam bentuk produk susu F&N. Sebuah Pusat e-Pembelajar­an ditubuhkan syarikat itu tahun lalu untuk membolehka­n kanak-kanak menguasai kemahiran komputer asas.

Di samping meraikan kejayaan kanak-kanak terbabit, majlis itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentinga­n dan keperluan mendapatka­n pendidikan awal terbimbing dan menggalakk­an kanakkanak menetapkan sasaran tinggi dalam perjalanan pendidikan masing-masing.

Menurut Pengurus

Hal Ehwal Korporat F&N Holdings Bhd, Cariessa Goh, semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang berhak mendapat pendidikan yang baik.

“Setiap anak kecil berhak mendapat peluang saksama dalam kehidupan dan ini bermula dengan peluang untuk belajar. Sebagai pendukung masa depan anak-anak, kami yakin dengan memberikan peluang saksama kepada setiap kanak-kanak, mereka boleh membina kehidupan yang lebih baik.

“Kami mahu wujudkan suasana pembelajar­an yang selamat untuk kanakkanak bagi membolehka­n mereka mencapai potensi penuh masingmasi­ng. Kami berbangga dapat berganding bahu dengan KCHF dalam usaha murni mereka membasmi kemiskinan dan menyediaka­n peluang dan akses saksama untuk semua kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, ibu seorang peserta, Noorsiyah Zarkoni, 43, amat bersyukur dengan penubuhan pusat itu dan berterima kasih kerana dua anaknya diberi peluang untuk menimba ilmu.

“Saya melihat peningkata­n besar dalam keupayaan bahasa anak saya dalam lima bulan mereka belajar di sini. Saya harap bantuan pendidikan ini akan menjadi pintu masuk kepada kehidupan lebih baik bagi generasi muda,” katanya.

Ditubuhkan secara rasmi pada 2006, pusat pendidikan Pangsapuri Enggang KCHF yang memberi kemudahan pembelajar­an kecil buat masa ini mempunyai 35 pelajar daripada semua peringkat usia, daripada murid prasekolah kepada pelajar sekolah menengah. Tenaga pengajar dan sukarelawa­n sebahagian besarnya terdiri daripada penghuni yang mendaftark­an anak mereka di pusat berkenaan.

 ??  ?? ANTARA murid yang mendapat manfaat program.
MAJLIS graduasi F&N ELITE bagi meraikan peserta.
KANAK-KANAK KCHF menyanyi dan menari di depan ibu bapa.
ANTARA murid yang mendapat manfaat program. MAJLIS graduasi F&N ELITE bagi meraikan peserta. KANAK-KANAK KCHF menyanyi dan menari di depan ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia