Harian Metro

Cetus semangat ke sekolah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

19 mahasiswa prihatin anjur program kemasyarak­atan

bantu sedia keperluan persekolah­an

Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajah

113 kanak-kanak kurang berkemampu­an apabila menerima sumbangan barangan persekolah­an dalam program Help a Child Back to School 2017 menerusi kempen #wecarewesh­are, barubaru ini.

Program #wecarewesh­are yang dianjurkan 19 penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubunga­n Awam), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah

Alam dengan usaha sama Institut Pendidikan NEO (iNED) UiTM adalah program kemasyarak­atan yang mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Bangsar.

Pengarah #wecarewesh­are,

Azlinda Zainal Abidin berkata, program itu bertujuan memupuk semangat kerjasama dan tanggungja­wab sesama insan untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada

RM2,000 dengan menyediaka­n keperluan persekolah­an kepada mereka.

“Kami menyedari tidak semua kanakkanak berpeluang memiliki kelengkapa­n persekolah­an baru daripada ibu bapa masing-masing. Atas kesedaran itu, aktiviti sampingan ‘Help a Child Back to School’ di bawah program ini menjadi pemangkin dan motivasi kepada kami untuk mengumpul sumbangan dan tajaan.

“Kerjasama jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorang­an turut menjadi tonggak dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an ini,” katanya.

Menurutnya, program itu juga berjaya mengumpul sumbangan dan tajaan berjumlah RM8,680 terdiri daripada beg sekolah, set alat tulis, baju sekolah, kasut sekolah dan sebagainya untuk kanak-kanak terbabit.

Bagi program #wecarewesh­are bersama penduduk Pangsapuri KTMB di Bangsar, dana dan tajaan dianggarka­n melebihi RM30,000 berjaya dikumpul dalam tempoh dua bulan.

Azlinda berkata, program dua hari itu menjalin bekerjasam­a antara pelajar dengan Persatuan Penduduk Pangsapuri KTMB pada 5 November lalu untuk bergotong-royong, membersihk­an kawasan perumahan dan kerja membaik pulih di samping mengadakan aktiviti mewarna untuk kanakkanak.

Hari kemuncak program pada 27 November lalu diisi dengan pelbagai aktiviti pengenalan kepada iNED yang memberi peluang kepada anak muda untuk menyambung pengajian secara separuh masa, demonstras­i keselamata­n dan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Program itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai yang melakukan demonstras­i alat pemadam api dan penyelamat­an menggunaka­n tali.

Sementara itu, Pengarah iNED, Profesor Madya Dr Roslani Embi berkata, penganjura­n program itu secara tidak langsung memupuk semangat kemasyarak­atan dan pembabitan dalam kalangan penduduk setempat, pihak berkuasa tempatan, swasta dan pelajar UiTM.

Katanya, program di bawah seliaan pensyarah subjek Kaunseling Perhubunga­n Awam,

Shira Haniza Yaakop itu juga berupaya menjadi platform terbaik dalam mempromosi­kan

UiTM dan iNED untuk membuka peluang kepada golongan bekerjaya menyambung pelajaran secara fleksibel.

 ??  ?? SHIRA (kiri) dan Dr Roslani menyampaik­an sumbangan
kepada kanak-kanak.
SHIRA (kiri) dan Dr Roslani menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I penyelamat­an menggunaka­n tali menarik minat pengunjung.
DEMONSTRAS­I penyelamat­an menggunaka­n tali menarik minat pengunjung.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I memadam kebakaran dedahkan cara menggunaka­n alat pemadam api dengan betul.
DEMONSTRAS­I memadam kebakaran dedahkan cara menggunaka­n alat pemadam api dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia