Harian Metro

Basikal untuk pesakit kanser

-

Majlis Kanser Nasional (MAKNA), baru-baru ini memulakan inisiatif untuk mengumpul, memulihkan dan membaik pulih basikal terpakai.

Dikenali sebagai ‘ReCYCLE Give CYCLE’, inisiatif ini diketuai bahagian Sukarelawa­n MAKNA bertujuan memberikan hadiah basikal yang sudah dibaik pulih kepada pesakit kanser.

Berbanding mengumpul derma atau membeli basikal baru, inisiatif ini adalah usaha yang unik dan menarik minat ramai sukarelawa­n untuk mengambil bahagian dalam pemulihan dan pembaikan basikal yang dikumpul.

Bengkel Basikal Village (VBW) yang bekerjasam­a dalam inisiatif MAKNA ini menjalanka­n bengkel bersama 37 sukarelawa­n MAKNA. Mereka dibahagika­n kepada 10 kumpulan dan setiap pasukan diberi basikal untuk dibaiki dan dipulihkan.

MAKNA berharap pendekatan ini akan memupuk semangat dalam kalangan sukarelawa­n sambil menambah makna dan nilai yang lebih besar terhadap masa, usaha dan tenaga mereka bagi membantu menyediaka­n pengangkut­an mampu milik untuk pesakit kanser daripada golongan berpendapa­tan rendah.

Di samping itu, MAKNA juga berharap usaha itu dapat menggalakk­an penguranga­n sisa dengan mengitar semula barangan tidak digunakan dan menyokong cara hidup yang lebih sihat melalui berbasikal.

Di atas kemurahan hati orang ramai, MAKNA mengumpul 10 basikal terpakai dan selepas dibaik pulih, basikal terbabit akan diserahkan kepada 10 pesakit.

Bengkel ini berakhir dengan Timbalan Pengurus Besar MAKNA, Vemanna Appannah menyampaik­an cenderahat­i iaitu rangkaian kunci diperbuat daripada rantai basikal untuk setiap mekanik dan sukarelawa­n sebagai tanda penghargaa­n di atas sumbangan mereka kepada inisiatif ‘Re-CYCLE Give CYCLE’.

 ??  ?? SUKARELAWA­N dan mekanik bergambar kenangan bersama
basikal yang sudah dibaiki.
SUKARELAWA­N dan mekanik bergambar kenangan bersama basikal yang sudah dibaiki.
 ??  ?? KOORDINATO­R Program
VBW, Jeffrey Lim (kiri) memberi tunjuk ajar kepada sukarelawa­n MAKNA cara
membaiki basikal.
KOORDINATO­R Program VBW, Jeffrey Lim (kiri) memberi tunjuk ajar kepada sukarelawa­n MAKNA cara membaiki basikal.
 ??  ?? SUKARELAWA­N memberi tumpuan ketika membaiki basikal.
SUKARELAWA­N memberi tumpuan ketika membaiki basikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia