Harian Metro

Latih pendandan rambut profesiona­l

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

10 wanita muda daripada keluarga kurang mampu tamatkan latihan selama 6 bulan

Sepuluh wanita muda daripada keluarga kurang berkemampu­an berjaya menamatkan latihan selama enam bulan di bawah program Beauty for a Better Life anjuran L’Oreal Malaysia, sekali gus melayakkan mereka bergelar pendandan rambut bertauliah.

Kumpulan pertama yang mengikuti program secara percuma dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita

(NCWO), Persatuan Wanita Kristian (YWCA) dan L’oreal Malaysia kini dalam proses penempatan pekerjaan.

Program di bawah Yayasan L’Oreal yang dimulakan pada tahun lalu itu sudah membantu kanak-kanak perempuan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia termasuk di Amerika Latin, Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

Di Malaysia, L’Oreal mahu mendidik golongan muda yang mempunyai akses terhad kepada pendidikan untuk mendapatka­n pensijilan yang diiktiraf dalam dandanan rambut.

Pengarah Komunikasi Korporat L’Oreal Malaysia Jean Loh berkata, inisiatif ini adalah langkah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan membantu memecahkan kitaran kemiskinan melalui kecantikan.

“Perniagaan dandanan rambut bernilai RM10 bilion dan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Kami mahu membantu remaja perempuan yang kurang bernasib baik untuk memanfaatk­an peluang ini dan menikmati kehidupan yang selesa melalui kerja mahir.

“Apabila mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik, mereka boleh memberikan yang sama untuk anak-anak dan mendapat manfaat berterusan,” katanya.

Jean berkata, pihaknya secara aktif akan membantu wanita muda mendapatka­n pekerjaan dalam industri dengan menyediaka­n mereka peluang untuk temu duga dengan rangkaian luas rakan niaga salun syarikat itu.

Katanya, syarikat itu turut berharap dapat membantu lebih ramai wanita muda kurang bernasib baik untuk belajar kemahiran dandanan rambut dengan sasaran tahun depan menempatka­n 20 pelajar dalam program itu.

“Kami juga akan memasukkan kurikulum terapi solekan dan kecantikan untuk menyediaka­n peserta dengan program latihan holistik,” katanya.

Peserta, Senia Anak Engkamat dari Sibu berkata, dia berminat untuk mengikuti kursus kecantikan, tetapi tidak berkemampu­an.

Senia berkata, ibunya seorang ibu tunggal dan bekerja keras untuk hidup dan tidak mampu menghantar­nya melanjutka­n pelajaran selepas tamat sekolah menengah.

“Tetapi, L’Oreal Malaysia mengubah hidup saya dan saya mempelajar­i kemahiran berharga melalui program ini.

“Seakan-akan tidak percaya yang saya kini menjadi pendandan profesiona­l dan mempunyai masa depan yang lebih cerah. Saya boleh bekerja dalam bidang yang saya minati, memperbaik­i diri dan mana tahu suatu hari nanti saya mempunyai salun rambut sendiri,” katanya.

Jennifer Lahung Lian dari Sarikei, turut teruja untuk menyertai kerjaya dalam bidang itu secepat mungkin dan berhasrat kembali ke kampung halamannya serta menyediaka­n perkhidmat­an dandanan rambut untuk penduduk di sana.

“Saya mengumpul ilham gaya rambut yang boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih muda dan cantik. Melalui cara itu, saya bukan saja boleh membuat penduduk gembira, malah dapat memberi inspirasi kepada remaja lain bahawa remaja miskin seperti saya juga dapat keluar daripada kemiskinan dengan mempelajar­i kemahiran baru,” katanya.

 ??  ?? PESERTA menerima sijil dandanan rambut.
PESERTA menerima sijil dandanan rambut.
 ??  ?? SENIA (tengah) menerima anugerah pencapaian terbaik daripada Pengarah Zon Komunikasi Korporat APAC L’Oreal, Mai-Linh Dao Ferguson (kiri) dan Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Malek Bekdache.
PELAJAR melakukan demonstras­i cucian rambut.
SENIA (tengah) menerima anugerah pencapaian terbaik daripada Pengarah Zon Komunikasi Korporat APAC L’Oreal, Mai-Linh Dao Ferguson (kiri) dan Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Malek Bekdache. PELAJAR melakukan demonstras­i cucian rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia