Harian Metro

Rezeki jus ‘pantang’

- Khairulmiz­an Yahya am@hmetro.com.my

Minuman asam kunyit amalan Nor Nadia ketika berpantang kini dijadikan sumber pendapatan­nya

Ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak ketiga awal Mac lalu, Nor Nadia Muhammad, 29, buntu mencari produk ibu bersalin yang berkualiti dengan harga berpatutan kerana tiada satu pun yang berkenan di hatinya.

Melalui carian di Internet, dia memperoleh maklumat mengenai jus asam kunyit iaitu minuman kesihatan yang menjadi amalan masyarakat Indonesia bukan saja untuk ibu mengandung, malah boleh dinikmati semua orang termasuk lelaki.

Akhirnya, dia nekad menghasilk­an sendiri jus berkenaan berdasarka­n ramuan dipelajari­nya di Internet selain melakukan sedikit olahan mengikut cita rasa sendiri.

Siapa sangka resipi dibuat untuk kegunaan sendiri itu mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan yang mencubanya. Ia memberikan­nya idea untuk memasarkan produk berkenaan secara kecilkecil­an.

Sebagai wanita berkerjaya, Nor Nadia mengakui agak sukar baginya memulakan perniagaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan dia perlu menguruska­n anak kecil dan membahagik­an masa antara kerja dengan urusan rumah tangga.

“Pada mulanya, suami (Khairul Adli Ghazali, 31) tidak membenarka­n saya berniaga jus berkenaan kerana baru lepas berpantang dan anak masih kecil selain perlu memenuhi tuntutan kerja,” katanya di rumahnya di Bandar Putra, Kuantan, Pahang.

Katanya, walaupun tidak mendapat sokongan suami, dia tetap ‘berdegil’ untuk memulakan perniagaan jus berkenaan kerana yakin produk itu boleh dipasarkan dan mempunyai potensi besar berdasarka­n maklum balas diterima daripada mereka yang pernah menggunaka­nnya.

“Oleh kerana tidak mempunyai modal mencukupi untuk memulakan perniagaan, saya terpaksa korbankan gaji selama tiga bulan iaitu gaji bulan pertama untuk membeli botol, bulan kedua membuat label dan bulan seterusnya digunakan bagi menyiapkan produk sepenuhnya.

“Pada mulanya, saya hanya menjualnya dalam kalangan saudara dan kenalan selain mengiklank­annya di laman sosial Facebook (FB). Syukur, sambutan diterima amat menggalakk­an sehingga ada berminat menjadi ejen dan memasarkan­nya sehingga hampir ke seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka produk jus asam kunyit itu mendapat sambutan menggalakk­an. Bermula dengan hanya 10 botol sehari, kini permintaan semakin meningkat sehingga 100 botol sehari.

“Pada peringkat awal berniaga, jadual harian saya sangat padat kerana selepas balik kerja saya perlu menguruska­n rumah tangga. Selepas anak tidur baru saya boleh mula memasak jus berkenaan.

“Malah, saya pernah tidak tidur malam menyiapkan tempahan ejen dan pelanggan sambil menyusukan anak. Selepas menyiapkan semua tempahan, saya terus bersiap untuk ke tempat kerja dan melelapkan mata sekejap pada waktu makan tengah hari.

“Ramai pelanggan dan ejen menyangka saya tidak bekerja dan hanya fokus kepada berniaga kerana mereka pelik saya mempunyai masa untuk membuat jus berkenaan,” katanya.

Nor Nadia bersyukur rezekinya dalam perniagaan semakin bertambah dan akhirnya dia nekad berhenti kerja untuk memberi tumpuan penuh terhadap perniagaan jus berkenaan. Ternyata tindakanny­a itu tepat kerana dia mempunyai lebih banyak masa untuk menguruska­n perniagaan­nya dan kini hasil jualan jus asam kunyit membolehka­n dia memiliki kereta idaman.

“Lebih menggembir­akan apabila ada syarikat besar beroperasi di ibu negara menawarkan kontrak menjadi pengedar utama produk jus asam kunyit ini dengan jumlah pengeluara­n lebih besar bermula tahun depan, namun ia masih dalam peringkat perbincang­an.

“Kini, suami turut membantu perniagaan saya dan kami sedang membina bengkel untuk meningkatk­an pengeluara­n selain menaik taraf pembungkus­an termasuk label supaya lebih menarik.

“Pada masa sama, kami akan mengeluark­an produk baru iaitu jus asam kunyit stevia dan teh herba moringa,” katanya.

Mengenai khasiat jus asam kunyit, Nor Nadia berkata, ia bukan saja sesuai untuk wanita selepas bersalin, malah boleh diambil semua golongan kerana mengandung­i pelbagai kebaikan semula jadi daripada campuran kunyit, halia, asam jawa dan manjakani.

“Ia berkesan untuk menyah racun, mengawal berat badan, mengempisk­an perut, antiradang, mencerahka­n kulit, awet muda, antioksida, menyembuhk­an luka dalaman dan membuang angin dalam badan,” katanya.

 ??  ?? NOR NADIA gembira dapat memperkena­lkan jus asam kunyit yang berkhasiat
kepada masyarakat.
NOR NADIA gembira dapat memperkena­lkan jus asam kunyit yang berkhasiat kepada masyarakat.
 ??  ?? NOR NADIA pernah tidak tidur malam menyediaka­n jus asam kunyit untuk
pelanggan.
NOR NADIA pernah tidak tidur malam menyediaka­n jus asam kunyit untuk pelanggan.
 ??  ?? SUAMI, Khairul Adli
turut membantu
dalam perniagaan.
SUAMI, Khairul Adli turut membantu dalam perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia