Harian Metro

Bank Rakyat lantik Neelofa duta kad

-

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menyasarka­n pengeluara­n kad kredit sebanyak 450,000 dengan transaksi bernilai RM1 bilion tahun depan berbanding 385,000 kad kredit dengan transaksi RM800 juta pada masa ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Md Khairuddin Arshad berkata, pengenalan kad kredit-i patuh syariah khusus untuk wanita iaitu Kad Muslimah dijangka membantu Bank Rakyat mencapai sasaran ditetapkan.

“Kami harap kad kredit ditawarkan dengan pelbagai manfaat termasuk diskaun harga dengan peniaga dapat menyumbang hasil positif kepada perniagaan syarikat pada masa depan,” katanya pada majlis pelancaran Kad Muslimah di sini, semalam.

Kad Muslimah adalah kad kredit-i patuh syariah pertama untuk wanita di Malaysia yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan wanita masa kini.

Sempena pelancaran itu, Bank Rakyat memperkena­lkan pelakon Neelofa sebagai duta Kad Muslimah.

 ??  ?? ROSLAN
ROSLAN
 ??  ?? MD Khairuddin (kanan) bersama Neelofa (dua dari kanan) pada pelancaran Kad Muslimah.
MD Khairuddin (kanan) bersama Neelofa (dua dari kanan) pada pelancaran Kad Muslimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia