Harian Metro

MEMORI 100,000 FOTO

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Jurugambar bebas abadi kenangan tidak ternilai melalui kamera sejak 50 tahun lalu

Minat mendalam terhadap seni fotografi mendorong seorang warga emas yang juga bekas jurugambar bebas mengumpul lebih 100,000 keping gambar dari era hitam putih sehingga terkini sebagai koleksi peribadiny­a sejak 50 tahun lalu.

Baginya, koleksi itu seperti nyawa kerana nilai sentimenta­l buat dirinya selain menceritak­an sejarah daripada perspektif sekeping foto.

Bagaimanap­un, Ooi Ah Lek, 83, berkata, bah kuning yang melanda Kelantan pada Disember 2014 menyebabka­n sebahagian daripada koleksi itu gagal diselamatk­an.

Rumahnya yang terletak di Jalan Datuk Perdana, di sini, dinaiki air secara tiba-tiba menyebabka­n tidak sempat menyimpan koleksi emasnya itu di tempat lebih selamat.

Dia kini dia lebih berhati-hati kerana enggan tragedi sama berulang kembali, apatah lagi premis perniagaan gambar yang pernah diusahakan dulu sudah dilepaskan kerana tiada penyambung legasi.

“Kebanyakan koleksi gambar yang disimpan ini adalah ketika saya bertugas sebagai jurugambar bebas akhbar berbahasa Cina iaitu Nanyang Siang Pau, China Press dan Sin Chew Daily di sini selama hampir 21 tahun.

“Selain itu, ada juga foto ketika beberapa jabatan kerajaan memerlukan khidmat jurugambar ketika itu dan saya menyimpann­ya sebagai kenangan.

“Rata-rata yang ada kini lebih tertumpu kepada foto pemandanga­n, keadaan dan suasana di seluruh Kelantan, sebelum ia berkembang menjadi sebuah negeri yang membangun pesat terutamany­a Kota Bharu.

“Bagi saya, koleksi ini sangat penting dan saya bersedia sekiranya ia dikongsi dan menjadi rujukan generasi masa kini yang ingin mengetahui Kelantan yang dulu,”katanya.

Bapa kepada tiga anak itu juga memberitah­u disebabkan mempunyai pelbagai koleksi gambar lama, dia kerap dikunjungi beberapa individu yang mahu membuat salinan bagi tujuan rujukan dan perkongsia­n ilmiah.

“Saya juga menyimpan kamera lama yang kini berusia lebih 60 tahun yang dibeli di Shanghai, China pada 1948, kamera jenis Olympus keluaran 1980 serta model Mamiya, Vivitar, Seagull dan banyak lagi yang tersusun rapi dalam almari kaca.

“Semuanya saya sayang sehingga tak sanggup untuk saya lepaskan kepada sesiapapun. Ada orang tawarkan sejumlah wang untuk membelinya, tapi saya tidak akan menjualnya kerana bukan senang saya hendak memiliki semua ini.

“Jika saya mati kelak, saya sudah amanatkan supaya anak dan cucu mengambil alih tugas menjaga koleksi gambar dan kamera antik ini dengan baik. Sebolehnya saya tidak mahu mereka menjualnya,” katanya yang memulakan minat mengambil gambar pada usia 15 tahun.

Menyingkap sejarahnya bergelar jurugambar, Ooi berkata, dia memulakan karier di sebuah kedai gambar di Pulau Pinang selama lapan tahun selepas menamatkan persekolah­an.

Pada 1958, dia berhijrah ke Kelantan untuk bekerja dengan abangnya bagi mengusahak­an kedai gambar yang terletak di tengah bandar Kota Bharu.

“Setahun selepas itu, saya mula buka perniagaan kedai gambar sendiri diberi nama Great Wall Photo pada 1959 di Jalan Padang Bas dan bisnes ini diusahakan bersama isteri (Dee Kim Hong, 80).

“Dari situ kami dapat menambah cawangan sehingga kini kami mempunyai tiga cawangan di dalam bandar, namun ia tidak lagi dapat diusahakan dengan baik disebabkan anak-anak tidak meminati dunia fotografi.

“Pada 2004, saya terpaksa menjual semua kedai gambar ini kerana terlalu uzur untuk mengusahak­annya,”katanya.

Ooi mengakui teknologi fotografi dulu dan kini sangat jauh berbeza, malah pada era 1960-an dia terpaksa ke Singapura untuk mencuci gambar berwarna.

Kesungguha­nnya dalam fotografi juga mendorongn­ya menjadi orang pertama di Kelantan memperkena­lkan gambar berwarna pada 1970-an sehingga kedainya mampu berkembang.

 ??  ?? OOI menunjukka­n kamera lama yang disimpan di dalam almari rumahnya
di Kota Bharu.
OOI menunjukka­n kamera lama yang disimpan di dalam almari rumahnya di Kota Bharu.
 ??  ?? OOI yang kini berusia 83 tahun berpengala­man luas dalam bidang fotografi.
OOI yang kini berusia 83 tahun berpengala­man luas dalam bidang fotografi.
 ??  ?? PELBAGAI jenis kamera lama jadi khazanah berharga Ooi.
PELBAGAI jenis kamera lama jadi khazanah berharga Ooi.
 ??  ?? JURUGAMBAR kanan ini memulakan karier di sebuah kedai gambar di Pulau Pinang.
JURUGAMBAR kanan ini memulakan karier di sebuah kedai gambar di Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia