Harian Metro

ADA PhD TETAPI DISISIH

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

Kuota satu peratus dalam pengambila­n pekerja cacat penglihata­n dalam sektor awam masih gagal dipenuhi sekali gus menyukarka­n usaha untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU) mendapat pekerjaan biarpun berkelulus­an setaraf.

Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Dr Wong Huey Siew berkata, masalah penganggur­an dalam kalangan OKU cacat penglihata­n juga disebabkan oleh tanggapan negatif majikan terhadap keupayaan mereka untuk bekerja.

Katanya, persepsi negatif terhadap OKU terbabit agak sukar dikikis biarpun golongan terbabit dibuktikan mampu menunjukka­n prestasi cemerlang dalam kerjaya biarpun cacat penglihata­n.

„ Pandangan negatif majikan sukarkan OKU dapat pekerjaan

“Kita dapati banyak majikan mempunyai maklumat tidak tepat bahawa jika mengambil pekerja cacat penglihata­n, mereka perlu mengeluark­an kos tinggi untuk menyediaka­n kemudahan termasuk mengubah tandas.

“Sebenarnya, ia tidak perlu untuk OKU penglihata­n kerana kemudahan itu lebih diperlukan kepada OKU fizikal yang menggunaka­n kerusi

suai roda. Pekerja cacat penglihata­n hanya memerlukan sebuah komputer dengan perisian khas saja,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dr Wong berkata, walaupun ada di antara OKU cacat penglihata­n mempunyai kelulusan akademik di peringkat sarjana muda, namun mereka ditolak oleh segelintir majikan yang tidak sanggup untuk ‘melabur’ menyediaka­n kemudahan khusus.

“Kita juga ada kira-kira 500 OKU cacat penglihata­n lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara yang gagal mencari pekerjaan kerana tanggapan negatif masyarakat.

“Ada juga berkelulus­an doktor falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda namun disebabkan kecacatan itu mereka dipandang sepi. Banyak usaha dilakukan MAB untuk menarik minat dan mencetuska­n kesedaran dalam kalangan majikan tetapi sambutan diterima amat dingin,” katanya.

 ?? Dr Wong Huey Siew ?? SEBAHAGIAN daripada warga OKU yang mencari peluang pekerjaan pelbagai sektor. Pekerja cacat penglihata­n hanya memerlukan sebuah komputer dengan perisian khas saja”
Dr Wong Huey Siew SEBAHAGIAN daripada warga OKU yang mencari peluang pekerjaan pelbagai sektor. Pekerja cacat penglihata­n hanya memerlukan sebuah komputer dengan perisian khas saja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia