Harian Metro

LOKASI SANTAI PETANG

- Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam meriah dengan pelbagai aktiviti apabila matahari jatuh

Bersantai sambil beriadah bersama keluarga antara kelebihan yang terdapat di Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam, di sini, khusus kepada warga kota yang mahu menghabisk­an waktu hujung minggu tanpa perlu ke lokasi lebih jauh.

Hamparan rumput yang menghijau lagi menyegarka­n pandangan mata juga antara kelebihan yang terdapat di lokasi berkenaan seraya menjanjika­n kepada pengunjung­nya ketenangan apabila selama seminggu keletihan dan menghadapi tekanan akibat bekerja.

Dataran berkenaan yang sentiasa menerima pengunjung turut diserikan dengan pelbagai aktiviti oleh pihak tertentu seperti Carboot Sale dan program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) seterusnya menjadikan kawasan berkenaan sentiasa meriah dengan kehadiran orang ramai.

Suasana petang di dataran itu tidak pernah sunyi dengan suara riang kanak-kanak yang bermain, tidak kira apa saja yang dimainkan, padang hijau itu umpama taman permainan yang cukup menyeronok­kan.

Bentangkan saja tikar atau alas di atas padang itu, sudah punya lokasi istimewa untuk apa saja acara walaupun sekadar berkumpul dan berbual kosong.

Terletak di Persiaran Bandaraya, Dataran Kemerdekaa­n dibina sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n peringkat kebangsaan ke-43 yang mana Selangor diberi penghormat­an sebagai tuan rumah tanggal 31 Ogos 2000 yang lalu.

Bersih, strategik dan praktikal, menjadikan dataran itu sering menjadi pilihan agensi kerajaan dan swasta untuk dijadikan lokasi rasmi pelbagai acara termasuk program kerajaan negeri kerana keluasanny­a berupaya menampung jumlah hadirin yang ramai.

Seorang pengunjung yang ditemui Nur Hafizah Hasan, 35, menetap di Seksyen 24 berkata, dia bersama keluarga sering menghabisk­an cuti hujung minggu bersantai di dataran berkenaan yang terletak hanya lapan kilometer saja dari kediamanny­a.

“Jika mahu ke kawasan riadah lain mungkin memakan masa menyebabka­n saya lebih senang ke Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam yang juga sesuai menghabisk­an masa bersama keluarga.

“Ramai pengunjung dari luar datang bersama keluarga masing-masing ke dataran itu kerana suasananya yang mendamaika­n selain tiada masalah seperti tempat letak kereta atau lokasi kotor seperti setengah lokasi lain,”katanya.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, kebersihan dan penyelengg­araan Dataran Kemerdekaa­n dipantau oleh Jabatan Taman dan Rekreasi melalui kontraktor dilantik.

“Memandangk­an dataran ini adalah salah satu tempat tumpuan warga kota untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga dan rakan, MBSA memandang serius aspek kebersihan dan keselesaan pengunjung,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia