Harian Metro

LANGKAH LEBIH BERGAYA

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Tahun baru, musim baru dan gaya baru. Namun dalam meriahnya beralih yang lama ke baru, masih ada beberapa perkara atau elemen lampau perlu dikekalkan warisannya.

Seperti apa yang diketengah­kan PUMA, elemen lama dan baru bukanlah diletakkan sebagai saingan, namun dipadankan seiring agar saling melengkapi.

Sememangny­a hujung 2016 dan kemunculan

2017 diraikan dengan kemunculan beberapa koleksi pilihan si golongan hipster.

Sebahagian besarnya diambil daripada koleksi terdahulu yang kemudian diberi nafas baru agar seiring dengan trend terkini.

Rekaan dan hala tujunya pula lebih terarah kepada unsur gaya jalanan, namun masih diselitkan beberapa ciri unik.

Sepatu PUMA Basket Heart misalnya, antara himpunan menyeronok­kan yang mengetenga­hkan gaya jalanan khusus untuk penampilan feminin.

Rekaan daripada PUMA Archive diambil lalu dijana dengan siluet sepatu klasik Court Star OG, kasut Basket Heart ini meraikan sisi manis dan comel jenama dari Herzogenau­rach, Jerman itu.

Koleksi terkini daripada himpunan PUMA Women ini tidak ketinggala­n meneruskan kempen ‘DO YOU’ yang dimulakan sejak awal musim ini, bertujuan memberi mesej dan mencetuska­n inspirasi kepada wanita dari segi meningkatk­an keyakinan diri serta kesedaran fesyen.

PUMA Basket sebelum ini mencuri tumpuan era hip-hop pada lewat 1970-an kerana stail jalanannya

Unsur gaya jalanan

diselit ciri unik

yang moden dan selesa.

Sepatu ini kemudianny­a menjalani beberapa transforma­si sehinggala­h diangkat sebagai legenda dalam budaya pop dunia.

Basket Heart edisi pastel yang diilhamkan daripada cahaya yang terbit di kawasan pantai ketika musim sejuk.

Koleksi itu boleh dipadankan dan digayakan istimewa ini hadir dalam dua pilihan tali - reben satin dan tali dempak. Ia juga disediakan dalam dua rona, hitam dan putih dengan kombinasi material satin, suede serta denim. di atas blaus berwarna metalik atau dipakai bersama jaket baldu, untuk mencetuska­n gaya penuh anggun.

Boleh disuai padan dengan pelbagai gaya, koleksi aksesori terbaru itu membuatkan wanita lebih yakin melangkah keluar sama ada untuk urusan rasmi atau ke majlis.

 ??  ?? KEMPEN ‘DO YOU’ yang diperkenal­kan PUMA galakkan wanita tampil berkeyakin­an tinggi.
KEMPEN ‘DO YOU’ yang diperkenal­kan PUMA galakkan wanita tampil berkeyakin­an tinggi.
 ??  ?? PUMA ketengahka­n gaya jalanan berciri
feminin menerusi sepatu Basket Heart.
PUMA ketengahka­n gaya jalanan berciri feminin menerusi sepatu Basket Heart.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia