Harian Metro

MANIS BERACUN

Pemuda licik perdaya lebih 50 wakil penjual telefon pintar dalam Instagram sebelum lesap

- lapor Yusmizal Dolah Aling

Usianya baru 23 tahun namun dia begitu licik bermain kata-kata sehingga memperdaya lebih 50 ejen pengedar telefon bimbit menyebabka­n mangsa termasuk dari Thailand, Indonesia dan Brunei mengalami kerugian keseluruha­n

dianggarka­n lebih RM22 juta,

Umurnya baru 23 tahun, namun dalam usia semuda itu dia begitu licik apabila memperdaya lebih 50 ejen pengedar telefon secara tempahan awal menyebabka­n mangsanya kerugian keseluruha­n dianggarka­n lebih RM22 juta.

Pemuda berkenaan yang sebelum ini giat mempromosi perniagaan telefon pintar berharga murah melalui Instagram kini menghilang­kan diri menyebabka­n ejennya tertekan dan ada yang terpaksa bersembuny­i kerana dituduh menipu.

Ini kerana ejen terbabit menjadi buruan selepas gagal memulangka­n wang kepada lebih 25,000 pembeli bukan saja dari Malaysia, tapi juga Thailand, Indonesia dan Brunei yang menempah telefon pintar pada harga murah.

Seorang ejen yang menjadi mangsa, Nur Syazziera Aimie Ronzi, 23, berkata, dia mula berhubung dengan suspek pada April lalu selepas membeli satu telefon pintar dengan harga murah menerusi iklan di laman Instagram.

Menurutnya, kira-kira sebulan selepas membuat tempahan dia menerima gajet berkenaan.

“Pada awalnya saya memang gembira kerana dengan harga RM250 saya dapat telefon yang nilai asalnya hampir RM1,500. Memang sangat murah.

“Selepas itu saya ditawarkan menjadi ejen dan mula mempromosi­kannya menerusi laman sosial sendiri dan berjaya mendapatka­n lebih 1,000 pembeli.

“Kemudian saya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp bersama lebih 50 ejen lain. Kami bersama-sama mendapatka­n pembeli dan membuat tempahan melaluinya dengan purata seorang ejen mendapat kira-kira 500 pembeli,” katanya.

Nur Syazziera Aimie ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi, kelmarin.

Dia hadir bersama tujuh lagi ejen yang menjadi mangsa yang turut terpedaya dengan kerugian antara RM5,000 hingga RM2 juta setiap seorang, dengan yang termuda baru berusia 14 tahun.

Nur Syazziera Aimie berkata, dia dan ejen yang lain kini menjadi buruan pembeli kerana berdasarka­n rekod, hanya sekitar 1,000 unit telefon berjaya diserahkan seperti sepatutnya.

Menurutnya, puluhan ribu telefon lagi ‘lesap’ bersama suspek yang kini gagal dikesan dan sering memberi pelbagai alasan setiap kali ditanya mengenai tuntutan wang.

“Saya diugut akan disantau, pukul malah ada rakan-rakan yang rumah mereka disimbah cat merah kerana kami dituduh melesapkan wang pembeli sedangkan kami juga mangsa dalam keadaan ini.

“Sekarang kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang pembeli semuanya kami serahkan kepada lelaki itu yang menjalanka­n perniagaan bersama seorang lagi rakan.

“Sejak Ogos lalu sampai sekarang, satu stok pun kami tak terima. Dia memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada kami,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kajang, 24 November lalu.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Syaf, 23, berkata, ahli keluarga mereka juga secara tidak langsung terbabit sama menerima cemuhan pelanggan yang tidak berpuas hati selain mendakwa mereka selaku ejen juga bersekongk­ol dengan penipu licik itu.

Katanya, dia kini diburu lebih 500 pembeli yang tidak putus-putus membuat panggilan menuntut kembali bayaran antara RM250 hingga RM900 setiap seorang yang sepatutnya menerima telefon mereka antara Oktober dan November lalu.

“Setiap hari berpuluh panggilan diterima dan apa yang boleh saya katakan, kami juga ditipu. Bukan kami yang lesapkan wang, semua sudah diserahkan kepada lelaki itu.

“Kami juga menunggu stok telefon berjumlah lebih 25,000 unit yang sepatutnya diterima. Sampai sekarang tiada perkembang­an,” katanya.

 ??  ??
 ?? SAIRIEN NAFIS
FOTO: ?? YUSOF berbincang bersama sebahagian pengadu sindiket penipuan telefon bimbit.
SAIRIEN NAFIS FOTO: YUSOF berbincang bersama sebahagian pengadu sindiket penipuan telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia