Harian Metro

ADA 91 SAMAN Najib ucap takziah

-

Bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan meragut 14 nyawa di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, dekat sini, mempunyai 52 saman polis dan 39 saman Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Malaysia (SPAD).

Sumber memberitah­u, berdasarka­n pemeriksaa­n rekod, bas ekspres itu mempunyai 39 kes SPAD dengan 23 daripadany­a belum selesai membabitka­n 13 kes aduan dan 10 kes tangkapan.

Menurutnya, antara kesalahan dilakukan termasuk aduan (Wilayah Utara) berkaitan tidak mematuhi jadual perjalanan, kesalahan tidak mematuhi had laju, kesalahan meninggalk­an penumpang, menurun dan mengambil penumpang di tempat tidak dibenarkan dan disiplin pemandu termasuk merokok di dalam bas.

“Selain itu, pemandu bas berkenaan melakukan kesalahan tatakelaku­an seperti merokok di dalam bas.

“Pemandu juga didapati memandu secara bahaya dengan lima waran tangkap di Wilayah Tengah membabitka­n tiga kesalahan tidak mempamerka­n Salinan Lesen Pengendali/Jadual Tambang/Jadual Perjalanan dan dua kesalahan tidak mematuhi jadual tambang dan perjalanan.

“Mereka melakukan kesalahan kerana menuntut/mengutip/memegang/menyimpan tambang melebihi kadar ditetapkan serta menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa kemalangan maut di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Kampung Jayor, Muar, semalam.

“Innalillah. Sedih

>>39 kes SPAD dengan 23 daripadany­a belum selesai babitkan 13 aduan dan 10 tangkapan

„ Lima waran tangkap dikeluarka­n terhadap drebar

dengan berita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa. Takziah kepada keluarga mangsa, saya doakan yang cedera kembali sembuh insya-Allah,” katanya dalam catatan di laman Twitter beliau, semalam.

 ??  ?? KEADAAN bas yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, semalam.
KEADAAN bas yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia