Harian Metro

Hajat ‘terkubur’ atas jalan

-

Hajat seorang pemasang siling bangunan meraikan Krismas di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila terbabit dalam nahas bas ekspres yang mengorbank­an 14 nyawa di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, dekat sini, semalam.

Ralza Uk, 25, yang juga warga Myanmar berkata, ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian belakang bas sedang tidur dan tidak menyedari insiden tersebut.

“Ketika bas terjunam di cerun, saya dapat rasakan bas melambung tetapi saya masih kekal di tempat duduk.

“Tiba-tiba saja saya merasakan seluruh badan sangat sakit dan tidak mampu bergerak,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Katanya, apabila bas itu terhempas, dia merasakan seluruh anggota badannya seperti dihempap dan tidak boleh bergerak sehinggala­h bantuan tiba tidak lama kemudian.

“Keadaan penumpang lain juga saya tidak pasti. Saya dikeluarka­n anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam nada sebak sambil memegang mata dan mukanya yang lebam.

Ralza yang telah menetap selama lapan tahun di Malaysia berkata, dia ke Kuala Lumpur seorang diri kerana berhajat menyambut perayaan Krismas selain menghabisk­an cutinya selama seminggu di sana.

Dia mengalami kecederaan di sebahagian muka dan mata kanan serta tangan kanan akibat hentakan bas dan dibenarkan pulang, tengah hari semalam.

“Keluarga dan rakan-rakan saya belum dimaklumka­n lagi kerana telefon bimbit dan barang-barang yang dibawa bersama untuk ke Kuala Lumpur berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan saya perlu dapatkanny­a terlebih dahulu,” katanya yang berasal dari Chien, Myanmmar. - BERNAMA

“Saya berdoa supaya tunang tidak berada dalam bas berkenaan namun apakan daya dia antara yang maut dalam kemalangan itu,” kata Mohd Hanizan Othman, 30, tunang kepada Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang maut dalam kemalangan, pagi semalam.

Mohd Hanizan berkata, kejadian menimpa tunangnya itu dimaklumka­n ahli keluarga wanita berkenaan selepas gagal dihubungi, pagi semalam.

Menurutnya, mangsa bersama rakan perempuann­ya kemudian menaiki bas berkenaan sekitar jam 1 pagi.

“Tidak lama kemudian ibu Saidatul menghubung­i saya dan memberitah­u dia tidak dapat menghubung­i anaknya itu.

“Ketika itu saya sudah tidak sedap hati sehinggala­h dimaklumka­n oleh abang Saidatul terdapat satu kemalangan bas di kawasan Pagoh,” katanya.

Katanya, dalam keadaan tidak tentu arah hanya doa dipanjatka­n supaya perjalanan tunangnya selamat.

“Itu saja yang mampu saya lakukan supaya tunang tidak berada dalam bas berkenaan, tapi tuhan lebih tahu segala-galanya apabila dia terbabit dalam nahas itu,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, dia baru saja menunaikan impian wanita berasal dari Kota Tinggi itu supaya membelikan seutas rantai untuk dijadikan sebahagian daripada barang hantaran.

“Saya baru saja belikan rantai untuk sebahagian daripada mas kahwin kerana saat akhir dia mahukan barang hiasan terbabit. Tidak sangka pula rantai itu menjadi permintaan terakhirny­a,” katanya.

Mohd Hanizan yang berasal dari Pontian berkata, dia bersama tunangnya itu bakal disatukan dalam majlis persanding­an yang dijangka berlangsun­g 29 Januari ini di sebelah pihak perempuan manakala pihak lelaki pada Mac depan.

Lelaki doa tunang maut tiada

dalam bas kemalangan

 ??  ?? NOR Saidatul
NOR Saidatul
 ??  ?? RALZA Uk antara mangsa yang terbabit kemalangan.
RALZA Uk antara mangsa yang terbabit kemalangan.
 ??  ?? MOHD Hanizan
MOHD Hanizan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia