Harian Metro

Baru nak kerja dah minta gaji RM6,500

-

Satu kaji selidik yang dijalankan Jobstreet.com bulan lalu mendapati ada graduan baharu yang menuntut gaji tidak realistik, sekali gus menyebabka­n tiada majikan berminat mengambil mereka bekerja.

Sebanyak 68 peratus responden (majikan) dalam kaji selidik itu memaklumka­n graduan berkenaan meminta gaji terlalu tinggi yang mana kira-kira 30 peratus daripada mereka mahukan gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

Selain faktor gaji, kegagalan graduan baharu memperoleh­i pekerjaan turut berpunca daripada lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, terlalu memilih kerja atau syarikat, kelemahan kemahiran komunikasi dan perwatakan selain sikap dan personalit­i.

Antara faktor mendorong graduan baharu meminta gaji tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahka­n mereka kepada gaya hidup mewah ketika zaman belajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.

Sesetengah daripada pelajar sekarang sudah pun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi.

Bagi penulis golongan graduan seperti ini sewajarnya tidak dilayan. Lahir saja ke dunia, semua sudah tersedia. Bagi mereka, soal wang ringgit bukanlah sesuatu yang perlu mereka fikirkan.

Sebaik selesai menamatkan pengajian, nilai seribu atau dua ribu itu tidak dipandang kerana wang saku yang pernah diberikan ibu bapa mereka lebih daripada itu.

Hakikatnya erti kesusahan hanya difahami bagi mereka yang pernah merasainya.

Penulis tabik kepada segelintir graduan yang tidak malu untuk melakukan pekerjaan rencam seperti berniaga nasi lemak, petani atau pembantu di restoran makanan segera.

Dengan 200,000 angka graduan menganggur, bekerja mengikut kelulusan bukanlah satu pilihan.

Dalam situasi ekonomi tidak menentu hari ini, terlalu memilih pekerjaan dan gaji tidak akan menyelesai­kan masalah penganggur­an.

Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF) sebelum ini mendedahka­n ada majikan kecewa dengan kualiti graduan tempatan, menyebabka­n mereka sukar mendapat pekerjaan.

Kebanyakan majikan bimbang apabila lepasan universiti sekarang diterima bekerja, mereka akan kerap datang lewat, tidak fokus bekerja, tidak kreatif dan memberi kesan negatif kepada produktivi­ti kerja.

Aduan paling banyak diterima daripada majikan yang menggajika­n graduan baharu adalah produktivi­ti yang sangat rendah daripada mereka.

Mengikut kajian, hanya 50 peratus graduan baharu menamatkan pengajian berjaya mendapat pekerjaan dan separuh saja daripada jumlah itu yang mampu bertahan dengan syarikat tempat mereka bekerja.

Lebih parah, bagi 2014, daripada 385,800 penganggur di negara ini, seramai 216,048 adalah graduan universiti dan kebanyakan mereka dipercayai tersilap langkah dalam mengatur perancanga­n seterusnya.

Dalam situasi ini, graduan perlu kreatif dan meneroka segala maklumat berhubung kerjaya dan sumber kewangan.

Ketiadaan tempat dalam kerjaya diminati atau profesyen dalam bidang pengajian bukan bermakna pengakhira­n untuk mereka berjaya.

Sudah banyak contoh manusia mengecap kejayaan bukan dalam jurusan kemahiran mereka seperti jurutera menjadi chef dan doktor menjadi peniaga.

Semuanya terletak pada individu itu sendiri, tepuk dada tanya selera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia