Harian Metro

Berjaya capai sasaran hari pertama

-

Melaka: Penganjura­n hari pertama program Santai Best! di Melaka Wonderland Theme Park & Resort, di sini, semalam berjaya mencapai sasaran jumlah pengunjung seramai 10,000 seperti ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospitalit­i Seow Cheng Swee berkata, pihaknya menjangkak­an jumlah kunjungan pada hari kedua Program Santai Best! hari ini tetap tinggi kerana pihaknya menyediaka­n beberapa lagi aktiviti.

Beliau berkata, pengunjung ke pusat taman tema itu berpeluang beramah mesra dengan Najwa Latif, Ronnie Hussein, Sufian Suhaimi dan Haiza yang juga DJ Kool FM.

“Kehadiran pembaca setia akhbar Harian Metro memang seperti dijangkaka­n, program juga berjalan lancar mengikut perancanga­n kerana kami sudah menyiapkan segala keperluan untuk menjamin kepuasan hati pengunjung yang sebahagian besar menghabisk­an cuti sekolah bersama keluarga di taman tema ini.

“Bukan saja warga Melaka malah ada pengunjung datang dari Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n persembaha­n Konsert Santai Best!.

Hadir sama menyaksika­n persembaha­n itu adalah Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Othman Mamat. Konsert Santai Best! bermula jam 3 petang.

Mereka yang tidak berkesempa­tan singgah ke program Santai Best! semalam masih berpeluang bermesra dengan artis pada hari kedua hari ini.

Selain itu, penganjur turut mengatur beberapa lagi program seperti tarian poco-poco dan ‘chiken dance’ bagi memeriahka­n hari kedua Program Santai Best! hari ini.

 ??  ?? PENGUNJUNG cilik menunjukka­n lukisan yang siap diwarnakan­nya. KANAK-KANAK tekun mewarna
pada program Santai Best!.
PENGUNJUNG cilik menunjukka­n lukisan yang siap diwarnakan­nya. KANAK-KANAK tekun mewarna pada program Santai Best!.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia