Harian Metro

AKU HIDUP 100 TAHUN

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Mengamalka­n pemakanan sihat dengan memakan kerabu daun Mengkudu menjadi antara rahsia dan petua Dollah Endut yang berusia 100 tahun kekal cergas dan sihat.

Dollah dilahirkan pada 26 Oktober 1916 mempunyai 11 anak hasil perkahwina­n keduanya bersama arwah isterinya Zan Idris yang meninggal dunia 10 tahun lalu pada usia 70 tahun dan kini turut mempunyai 41 cucu, 52 cicit dan empat piut.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Haji Dollah turut berkongsi rahsia lain digunakann­ya iaitu dengan mengamalka­n bacaan ‘Bismillah’ setiap kali melakukan sesuatu perkara dan membaca surah Al- Mulk.

Menurutnya, sebagai ketua keluarga yang menerajui keluarga besar, dia menerapkan ciri-ciri kepemimpin­an dan berpegang kepada prinsip hidup dengan menerapkan ilmu agama dalam diri anak-anaknya.

“Saya sebenarnya tidaklah mengamalka­n terlalu banyak petua tetapi suka makan pencuk (kerabu) daun Mengkudu, daun dan buah pula direbus untuk diminum sebab elok untuk mengelak sebarang penyakit.

“Syukur, Allah panjangkan umur dan saya seronok diberikan rezeki ini kerana dapat tengok anak, cucu, cicit dan piut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Lahir 100 Tahun Haji Dollah Endut dan Hari Keluarga 2016 di kediamanny­a di Kampung Pisang, Malim Nawar di sini, semalam.

Majlis yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu dipenuhi dengan pelbagai acara menarik antaranya perarakan, tayangan media, cabutan bertuah, memotong kek, sukaneka, tahlil dan solat Zuhur berjemaah.

Dollah yang pernah bekerja sebagai Pasukan Kawalan Keselamata­n (Home Guard) ketika zaman darurat pada 1948 berkata, dia juga berkeboleh­an dalam perubatan tradisiona­l untuk mengubati penduduk kampung.

Sementara itu, cucu daripada anak ketiganya, Norhazira Osman, 35, berkata, datuknya sememangny­a menjaga dari sudut pemakanan dengan langsung tidak mengambil sebarang makanan berminyak mahupun makanan segera.

“Dia masih mempunyai daya ingatan yang kuat dan paling gemar mengimbau masa silam terutama zaman kehadiran Jepun ke tanah Melayu,” katanya.

„ Lelaki warga emas kongsi rahsia kekal cergas, sihat

 ??  ?? DOLLAH menyambut hari lahir ke-100 bersama anak, cucu, cicit dan piutnya di Kampung Pisang, Malim Nawar.
DOLLAH menyambut hari lahir ke-100 bersama anak, cucu, cicit dan piutnya di Kampung Pisang, Malim Nawar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia