Harian Metro

‘KENAPA FITNAH SAYA?’

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Pengasas produk kecantikan lapor polis

wanita tak dikenali aibkan diri di FB

“Biar Allah tunjukkan kebenaran,” kata seorang pengasas produk kecantikan apabila tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dibuat seorang wanita tidak dikenali dalam laman Facebook (FB), di sini, kelmarin.

Izubiela Rasi, 20-an berkata, dia menyedari kejadian itu Rabu lalu selepas dimaklumka­n mengenai satu kenyataan yang dibuat seorang wanita yang menggunaka­n nama Yana Hana dalam FB dengan cuba mengaibkan­nya dalam ruangan komen.

Menurutnya, tindakan wanita itu cukup mengejutka­n kerana didapati cuba memalukan dirinya dengan menggelar suaminya seorang yang dayus serta menghasut rakan dalam laman FB untuk lebih berhati-hati dengannya.

“Saya sudah menyekat pemilik akaun berkenaan, namun wanita itu terus mengganggu rakan niaga termasuk stokis supaya membenci saya.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar wanita itu berbuat demikian sehingga dia sanggup mengaibkan maruah diri saya, suami dan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku Jun lalu apabila seorang wanita tidak dikenali menggunaka­n nama Ikin Asyikin cuba mengaibkan dirinya termasuk melakukan ugutan selain menipu orang ramai dengan menjual produk keluaranny­a.

“Selain laporan polis saya juga akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tidak pernah terbabit dengan sebarang unsur penipuan dan tidak suka membuat fitnah kerana perbuatan ini dilaknat dan dosanya lebih besar, malah Allah akan tunjukkan segala kebenarann­ya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid ketika dihubungi mengesahka­n laporan itu diterima dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

 ??  ?? IZUBIELA menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat.
IZUBIELA menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia