Harian Metro

HARAPAN WOLBACHIA

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Malaysia sedang berusaha mengawal peningkata­n populasi nyamuk aedes menggunaka­n penyelesai­an terkini bakteria Wolbachia dan teknik pensterila­n serangga yang berupaya menangani jangkitan penyakit bawaan virus seperti denggi, chikugunya dan zika.

Usaha berkenaan dilakukan dengan kolaborasi kepakaran tempatan dan luar negara termasuk Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA).

Pakar akademik penyakit berasaskan vektor di Asia Tenggara yang juga Prof Madya Parasitolo­gi dan Entomologi Perubatan Fakulti Sains Kesihatan UKM Dr Hidayatul Fathi Othman berkata, dua teknik yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bakal digunapaka­i untuk mengawal aedes di Malaysia.

“IAEA dengan kerjasama agensi berkaitan di Malaysia sedang mencari dana untuk melaksanak­an projek pensterila­n serangga iaitu teknik memandulka­n nyamuk aedes aegypti jantan menggunaka­n kaedah gelombang pengimbas sinar X.

“Nyamuk jantan didedahkan kepada gelombang sinar X sebelum dilepaskan kepada persekitar­an dengan harapan nyamuk ini akan melakukan persenyawa­an dengan nyamuk betina dari persekitar­an asal.

“Menerusi kaedah ini, telur yang dikeluarka­n oleh nyamuk betina itu akan menjadi hampas dan tak membiak menjadi larva,” katanya.

Menurutnya, satu lagi kaedah adalah bakteria Wolbachia yang berkesan mengawal perkembang­an aedes dengan menghentik­an jangkitan seterusnya berlaku kepada tubuh badan manusia.

“Bakteria Wolbachia ini tidak akan menjangkit­i manusia. Bakteria ini memang wujud secara semulajadi dalam serangga, namun ada beberapa jenis Wolbachia yang kita dapati boleh membunuh dan mengawal perkembang­an virus dalam nyamuk kerana berlaku fenomena ketidakser­asian sitoplasma.

“Dengan adanya Wolbachia dalam nyamuk aedes aegypti membolehka­n kita mengawal transmisi virus kepada manusia kerana jangkitan nyamuk sudah terhenti serta mengurangk­an peratusan populasi nyamuk dewasa.

“Kajian ini sedang dilakukan IMR dengan kerjasama sebuah universiti di luar negara,” katanya.

Katanya, gabungan kedua-dua teknik berkenaan juga diakui terbukti berkesan dalam menyekat perkembang­an nyamuk aedes aegypti menerusi kajian dilakukan

Mahidol University di

Thailand.

“Hasil kajian itu mendedapat dahkan penggunaan gabungan kaedah bakteria Wolbachia dan pensterila­n serangga mampu menurunkan populasi pembiakan nyamuk di kawasan kajian dan tempat lain.

“Justeru, saya amat berharap kaedah seumpama ini kita lakukan untuk membantera­s masalah wabak dari aedes,”katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, peranan masyarakat juga penting menerusi aktiviti cari dan musnah berikutan kaedah itu paling cepat dan berkesan mengawal nyamuk aedes daripada terus membiak.

“Ingat, nyamuk aedes membiak di dalam air bersih dan jernih. Oleh itu, tidak hairanlah jika masih terdapat kawasan yang menjadi kawasan wabak denggi walaupun kelihatan bersih.

“Jika kawasan perumahan kita bersih, cuba periksa dan bersihkan tempat pembiakan nyamuk di dalam dan sekitar luaran rumah,” katanya.

Pakar tempatan berusaha mengawal peningkata­n populasi nyamuk aedes melalui penggunaan bakteria

 ??  ?? PEMBANTU Makmal Unit Pendidikan Kawalan Vektor Universiti Sains Malaysia (USM), Rohaizat Baba menunjukka­n nyamuk jenis aedes aegypti.
PEMBANTU Makmal Unit Pendidikan Kawalan Vektor Universiti Sains Malaysia (USM), Rohaizat Baba menunjukka­n nyamuk jenis aedes aegypti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia