Harian Metro

10 pasangan dirai dalam Majlis Perkahwina­n 1Malaysia

-

Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah 10 pasangan terpilih yang diraikan dalam maljis Resepsi Perkahwina­n 1Malaysia anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Masyarakat Sivil (MMS) di Dewan Kampung Kerawat, Simpang Pulai, di sini, semalam.

Lebih istimewa, semua pengantin berkenaan terdiri daripada pasangan pelbagai etnik dan kaum seperti Cina, India dan Orang Asli.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, kesemua pasangan berkenaan dipilih berdasarka­n kriteria yang ditetapkan dan mereka adalah pasangan yang berkahwin, namun masih belum melangsung­kan majlis resepsi kerana tidak berkemampu­an.

Katanya, 10 pasangan pengantin itu tinggal di sekitar kawasan Bandaraya Ipoh dan ada di antara mereka yang sudah berkahwin sejak April lalu, namun masih belum melangsung­kan majlis resepsi.

“Jadi kita melakukan program ini bagi memberi kegembiraa­n buat pasangan pengantin yang tidak mampu bersanding, makan berhidang dan menempuhi hari paling bermakna dalam perkahwina­n mereka iaitu majlis resepsi.

“Program ini adalah kali pertama dilakukan dan saya gembira apabila ia mendapat sambutan yang menggalakk­an selain terharu apabila melihat sinar kegembiraa­n di wajah mereka,” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Zamri berkata, program berkenaan juga adalah salah satu usaha murni MBI untuk menjadikan masyarakat Ipoh saling mencintai antara satu sama lain selain menguatkan ukhwah tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, pihaknya akan mempertimb­angkan untuk melakukan program berkenaan pada tahun hadapan bergantung kepada jumlah pasangan yang berkahwin pada masa itu.

Sementara itu, pasangan pengantin Amarul Rashid Amir, 22, dan Enga Ayob, 21, melahirkan perasaan syukur dan terharu selepas majlis resepsi itu selesai.

Pasangan daripada suku kaum Temiang itu berkata, mereka sudah bernikah pada April lalu, namun tidak mampu melakukan majlis resepsi berikutan kekurangan wang.

Amarul berkata, dia yang bekerja sebagai pembuat barangan kraftangan di Kampung Pos Raya di sini diberitahu oleh bapa mentuanya mengenai program itu.

“Saya kemudian memberi nama kepada bapa mentua untuk menyertai majlis resepsi itu dan bersyukur apabila dimaklumka­n saya terpilih untuk menyertai program ini.

“MBI dan MMS melakukan satu tindakan mulia apabila memberi peluang kepada pasangan pengantin yang tidak berkemampu­an seperti saya serta isteri untuk merasai pengalaman bersanding dan makan berhidang,” katanya.

 ??  ?? SEPULUH pasangan pengantin yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum diraikan di Maljis Resepsi Perkahwina­n 1Malaysia di Dewan Kampung Kerawat.
SEPULUH pasangan pengantin yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum diraikan di Maljis Resepsi Perkahwina­n 1Malaysia di Dewan Kampung Kerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia