Harian Metro

WAJAH KOMERSIAL

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Bella jadi model iklan hingga ke luar negara

Walaupun baru berusia 20 tahun dan masih menuntut di universiti awam, wajah Farhana Nabila Rosman sudah tersiar di televisyen sebagai model iklan bukan saja di negara ini, malah Indonesia dan Thailand.

Penuntut Diploma Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka yang mesra disapa Bella ini berkata, dia menggemari fesyen, justeru, bidang peragaan menjadi pilihannya.

“Ayah memahami minat saya dan menghantar saya ke syarikat pengiklana­n untuk TVC (iklan TV komersial). Saya pernah menjadi model untuk iklan F&N, L’oreal dan Enchanter.

“Saya perlu bahagikan masa dengan baik namun saya tetap utamakan pelajaran,” katanya yang juga anak ketiga daripada empat beradik.

Menurut Bella, dia akan memas- tikan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) setiap semester tidak merosot.

“Saya hanya mengambil tawaran sebagai model ketika cuti semester dan ketika di kampus, tumpuan diberi kepada pelajaran dan aktiviti sebagai penuntut universiti,” katanya.

Bella berkata, dia juga gemar menonton pertunjuka­n fesyen dan sanggup ke luar negara bagi memenuhi minatnya.

“Baru-baru ini saya ke Islamic Fashion Show di Jakarta. Bukan saja menonton, saya juga boleh mendapatka­n pengalaman mengasah bakat dalam bidang peragaan,” katanya.

Selain minat dengan peragaan, Bella turut terbabit dalam kerja amal.

“Saya suka membantu orang dalam kesusahan. Saya menjadi sukarelawa­n dengan menyertai beberapa kerja amal seperti di UiTM Lendu iaitu program ‘Suspended Meal’.

“Ia program memberi makanan percuma kepada pelajar yang kurang berkemampu­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? iklan. penggambar­an BELLA pada sesi
iklan. penggambar­an BELLA pada sesi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia