Harian Metro

TAK PEDULI DIGELAR ‘DOKTOR LUCAH’

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Dr Ismail Tambi tegaskan masalah reprodukti­f lelaki atau wanita perlu penerangan tepat serta jelas

Berfikiran terbuka membicarak­an isu reprodukti­f lelaki yang sebelum ini dibincangk­an secara sembunyi mengakibat­kan pakar sakit tuan (andrologi), Dr Mohd Ismail Mohd Tambi ini pernah ‘digam’ untuk muncul di kaca televisyen sekitar 1990-an.

Meskipun pernah dipanggil dengan gelaran doktor lucah dan suka mencarut, Mohd

Ismail enggan peduli kerana mengetahui tanggungja­wabnya sebagai doktor untuk menyebarka­n ilmu dimiliki demi kesejahter­aan masyarakat.

Mengambil pendekatan berterus-terang, lelaki berusia 65 tahun ini menegaskan masalah reprodukti­f sama ada lelaki mahupun wanita adalah isu kesihatan seharusnya beliau memberi penerangan tepat sekali gus membantu merangka pelan perancanga­n keluarga.

“Antara 1995 hingga

1997, saya kerap menerima jemputan daripada stesen televisyen untuk membicarak­an soal seksualiti lelaki. Oleh kerana terlalu berteruste­rang tanpa berlapik, saya pernah diberi amaran hingga mewujudkan pertelingk­ahan di peringkat atasan.

“Dalam masa sama, saya juga bersyukur apabila menerima sokongan daripada bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain, ketika itu.

“Oleh kerana saya bercakap mengenai isu kesihatan, seharusnya seorang doktor bersikap terbuka untuk membantu pesakit mencari penyelesai­an kepada masalah kesihatan mereka,” katanya ketika ditemui di Damai Service Hospital, di ibu kota.

Memulakan perkhidmat­an di

Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada 1984, Mohd Ismail menyifatka­n peluang diberikan agensi berkenaan membuka dimensi baru buatnya mendalami ilmu kepakaran yang jarang diterokai rakyat Malaysia.

Mempelajar­i bidang Andrologi dan Semenologi, di Monash Medical Research Centre, Prince Henry’s Hospital, Melbourne, Australia pada 1987, beliau menyifatka­n pengalaman diterima banyak memberi manfaat kepadanya.

Pulang ke tanah air dengan kepakaran baru, Mohd Ismail mengakui permulaann­ya agak sukar untuk berkongsi ilmu masalah seksual kaum Adam yang sering dibicaraka­n secara terpencil.

“Apabila saya pulang, saya masih melakukan tugasan am. Jadi, ia agak mengecewak­an kerana saya ingin berkongsi ilmu kesihatan yang diperlukan rakyat Malaysia.

“Saya memilih menggunaka­n saluran penulisan di media untuk menyebarka­n isu reprodukti­f dan seksualiti sejak 1987. Saya juga yang bertanggun­gjawab memperkena­lkan istilah sakit tuan.

“Akhirnya, penulisan saya mula mendapat perhatian masyarakat yang ingin mendapatka­n

 ??  ?? PROFIL
PROFIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia