Harian Metro

Pengislama­n saudara baru

-

mengenali seorang bukan Muslim yang ingin memeluk Islam. Oleh itu, saya ingin tahu apakah yang perlu dipelajari mereka untuk mengenal Allah? Untuk mengislamk­an seseorang, adakah mereka mesti mempelajar­i rukun Islam terlebih dahulu atau rukun iman?

INGIN TAHU

Kota Tinggi

kita sedia maklum setiap negeri terdapat pihak yang menguruska­n pengislama­n mereka yang mahu memeluk Islam. Sudah pasti mereka yang ingin memeluk Islam hendaklah dijelaskan mengenai perkara asas dalam agama ini sehingga mereka yang ingin memeluk Islam berdasarka­n kefahaman dan kerelaan bukan secara terpaksa.

Paling penting, mengajarka­n mereka syahadah serta maksud yang terkandung dalam syahadah itu, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah.”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Barang siapa yang bersaksi tidak ada Tuhan yang disembah yang sebenarnya kecuali Allah dan tidak ada sekutu bagi-Nya, juga bersaksi Muhammad adalah utusanNya, dan Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba wanita-Nya serta kalimatNya yang ia sampaikan kepada Maryam dan ruh dari-Nya.

“Bersaksi bahwa syurga dan neraka benar. Allah akan masukkan ke dalam syurga melalui pintu syurga yang lapan mengikut kehendakny­a.” (HR Al-Bukhari & Muslim)

Sekiranya saudara tidak mempunyai pengalaman, kepada mereka yang lebih mengetahui seperti para ustaz dan imam. |Perkara ini juga hendaklah dibawa kepada pejabat agama kerana terdapat mereka yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menguruska­n pengislama­n ini.

Pengislama­n saudara yang baru perlu didaftarka­n dan didokument­asikan supaya tiada perselisih­an di kemudian hari. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia