Harian Metro

SAHABAT SERLAH TABIAT KITA

-

mahu berkawan dengan siapa tetapi perlu pandai bezakan baik dan buruk.

Ketika itu kanak-kanak manalah faham apa yang mak maksudkan. Kalau saya fikir semula, sebenarnya mak mahu saya jadi seorang yang bijak memilih kawan membawa kebaikan kepada diri saya. Bukannya boleh kawan sesuka hati tanpa batas dan yang boleh membawa keburukan.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik. Saya terbaca satu pesanan seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu al-Qamah kepada anaknya, “bahawa sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.

“Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

“Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurk­an tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutny­a).

“Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurk­an tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupiny­a.

“Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadany­a, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringanka­nmu serta menghiburk­anmu.

“Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarka­n ucapan dan tidak selalu mempercaya­inya sahaja. Jikalau engkau mengemukak­an sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahak­annya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinga­nmu.”

Begitulah indahnya pesanan seorang bapa kepada anak kesayangan­nya. Pesanan itu sesuai untuk kita semua. Tidak kiralah yang muda atau berusia.

Kadangkala kita yang sudah dewasa ego melampau dan rasa bagus dalam memperbaik­i diri dan memilih kawan. Tidak ada rasa berhati-hati dalam memilih kawan, teman dan sahabat.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan juga boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanla­h kerana

Allah SWT untuk mencari redaNya.

Kawan itu luas maknanya. Kawan juga boleh jadi daripada adik-beradik, saudara-mara, jiran dan juga pasangan halal kita. Paling bagus kalau pasangan halal kita menjadi sahabat paling rapat, akrab dalam semua perkara. Susah senang bersama.

 ??  ?? ANAK kita elok diingatkan baik
dan buruk ketika berkawan.
ANAK kita elok diingatkan baik dan buruk ketika berkawan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia