Harian Metro

Berat pikul dosa hidup jadi tertekan

-

Dalam hidup ini tidak ada yang lebih bahaya daripada diri kita sendiri yang meragut ketenangan hidup yang menyempitk­an dada dan yang membuatkan kita tidak sehati sejiwa ialah dosa kita sendiri. Bukan sebab orang buat jahat kepada kita tetapi dosa kita sendiri.

Mungkin ada kata, ‘suami saya jahat’, ‘jiran saya mulut suka mengumpat’, ‘keluarga bermasalah’, mungkin betul itu faktor kita tertekan tetapi itu jatuh ke tangga kedua. Paling utama yang buat hidup kita tertekan ialah dosa kita sendiri.

Cuba kita lihat sejarah yang berlaku pada Rasulullah SAW, apa yang orang kafir musyrik musuh agama tidak buat kepada baginda SAW? Mereka menuduh Rasulullah gila, ahli sihir, nak perangi nabi, ingin pulaukan baginda SAW dan sebagainya. Begitupun, Rasulullah yang sangat kita kenali ialah insan yang sangat lapang, tenang dan mendamaika­n.

Ini membuktika­n yang paling berbahaya ialah apa yang tangan kita buat, apa yang kaki kita buat, apa yang mata kita buat mahupun sembunyi atau sebaliknya, sama ada sengaja atau tidak itulah yang kita pikul 24 jam.

Jika semakin berat dosa kita pikul semakin beratlah jiwa kita yang menjadikan kita tertekan, yang benar-benar buat kita tidak tenang ialah dosa kita sendiri. Bagaimana sahabat dahulu sangat dihormati dan mereka sangat dimuliakan oleh Allah SWT.

Kisah sahabat ini membuktika­n kesilapan yang menjadikan kita tidak tenang tetapi dengan kembali kepada Allah, pasti Allah tidak tinggalkan kita. Sebagai contoh kisah Amru Bin Asr ketika dia sakit. Anak dia melihat ayahnya iaitu Amru Bin Asr tidak mahu lihat orang lain dan bersendiri­an sambil menangis.

Selepas itu anaknya ingin menggembir­akan ayahnya lalu bertanya kepada ayahnya; “Apakah yang membuatkan ayah terlalu sedih sedangkan ayah seorang yang sangat berjasa kepada agama, kerap membantu perjuangan Nabi SAW, segalanya itu pasti ada tempat pada sisi Nabi SAW kelak.”

Lalu Amru bin Asr menjawab; “Aku teringat pada tiga fasa, fasa pertama ialah zaman aku kafir dahulu ketika mana aku sangat benci dan ingin membunuh Rasulullah.

“Ketika itu tidak ada orang yang paling aku benci kecuali Rasulullah. Aku terfikir sekiranya Allah mengambil aku ketika itu, nescaya aku dimasukkan ke dalam neraka.

“Fasa kedua ialah ketika aku tersangat menyayangi Rasulullah, insan yang dahulunya aku sangat benci tetapi fasa kedua ini aku sangat sayang pada Nabi SAW. Sampailah aku tidak sanggup menatap wajah Rasulullah kerana malu dan segan, kerana dahulunya aku sangat memusuhi baginda. Lalu sekiranya Allah mengambil aku ketika itu, dengan izin Allah aku boleh dimasukkan ke dalam syurga.

“Sebaliknya Allah lanjutkan umur aku dan sampai masuk fasa ketiga. Fasa inilah Nabi SAW wafat, zaman ini aku diuji dengan nikmat dan dunia, dengan segala kemewahan serta kehebatan.

“Ketika ini aku berjuang di antara iman dan nafsu, dan sekarang saat aku sudah nampak akan kematian tetapi aku gusar dengan dosa kesilapan yang aku lakukan dalam sedar atau tidak sedar. Oleh itu aku tak pasti, adakah aku bakal dimasukkan ke syurga atau neraka. Inilah yang membuatkan aku terlalu sedih,” kata Amru.

Begitulah sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai sifat merendah diri dan senantiasa muhasabah diri kerana mereka sangat risau dengan balasan di akhirat nanti. Dengan sifat inilah mereka sangat dimuliakan oleh Allah SWT. Bagaimana pula dengan kita hari ini?

Selagi masih bernyawa, peluang menjadi baik itu pasti ada, sebagai permulaan kita boleh amalkan doa untuk mendapat ketenangan hati.

Firman Allah dalam surah Al Ambia’ ayat 30’ “Wahai manusia, apakah manusia tidak melihat, Allah menciptaka­n langit dan bumi, dahulunya bercantum bersatu kemudian kami pisahkan.

“Sekarang langit di atas sana dan bumi di bawah dan kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman.”

Ayat ini menggambar­kan kepada kita bahawa langit dan bumi pun Allah boleh pisahkan, inikan pula masalah kita.

Allah bersama kita dan akan bantu kita dengan kita kembali kepada Allah, mengakui kesilapan dengan taubat nasuha dan mengharapk­an pertolonga­n hanya daripada Allah Taala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia