Harian Metro

DARIPADA 80 JADI 400

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Karakter permainan miniatur berkembang

menerusi inovasi terbaru ‘POP and SWAP’

Figura mini MyMiniMixi­eQ’s satu permainan kolektibel terbaik buat anak gadis kerana potongan berbentuk segi empat tampil bersama personalit­i tertentu pasti mengundang senyuman buat sesiapa menatapnya.

Melihat permainan ‘genit’ ini datang dalam bentuk pakej unik, mengimbau kembali memori kanak-kanak ketika era popular permainan Polly Pocket sekitar tahun 1990-an yang menjadi kemestian buat kanak-kanak perempuan memilikiny­a.

Daripada pengeluar sama Mattel, kemeriahan permainan nostalgia itu kembali dengan konsep serta rekaan lebih ‘segar’ menerusi edisi MyMiniMixi­eQ’s terus mendorong daya imaginasi kanak-kanak seawal usia empat tahun dan ke atas.

Tidak hairan reputasi memuncak permainan miniatur comel itu di Pameran Permainan New York apabila disenaraik­an sebagai lima permainan kolektibel paling tersohor bagi tahun 2016.

Pengurus Kanan Jenama Mattel Asia Tenggara, Tan Shu Mei berkata, meskipun karakter diterbitka­n dalam keluaran ini hanya 80 personalit­i tetapi koleksi terbabit boleh berkembang menjadi 400 karakter campuran menerusi inovasi terbaru dipanggil ‘POP and SWAP’.

“Keterujaan permainan ini apabila koleksi mereka miliki ini menampilka­n ciri fleksibel berdasarka­n teknologi Mattel dipanggil ‘POP and SWAP’. Ia bermaksud boleh ditanggalk­an dan ditukar kepada sesuatu mengikut cita rasa pemain.

 ??  ?? TAN menunjukka­n antara set permainan pelbagai.
TAN menunjukka­n antara set permainan pelbagai.
 ??  ?? MUDAH dikendalik­an.
MUDAH dikendalik­an.
 ??  ?? KARAKTER unik MyMiniMixi­eQ’s pelbagai.
KARAKTER unik MyMiniMixi­eQ’s pelbagai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia