Harian Metro

Tiga kali putus tunang akibat baran

-

Saya mempunyai masalah baran agak kronik. Ini menyebabka­n saya tidak mempunyai ramai kenalan serta adik juga menjauhkan diri. Malah kerana terlalu mengikut perasaan, pernah bergaduh di tempat parkir serta pasar raya.

Saya berusaha berubah tetapi itu membuatkan keadaan jauh lebih teruk.

Saya tidak teragak-agak menggunaka­n kekerasan untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Dang Setia saya pernah cederakan bekas tunang kerana dia lancang mulut pada saya.

Ini menyebabka­n saya hampir dipenjarak­an. Mujurlah bakal bapa mentua tidak jadi membuat laporan polis dan memahami keadaan saya lalu meminta saya berpisah dengan tunang secara baik. Saya sudah bertunang tiga kali dan semuanya berakhir dengan buruk sekali.

Apa perlu saya lakukan

Dang Setia. Saya tidak mahu menghabisk­an sisa hidup bersendiri­an.

AKBAR, Pusing Perak

Setiap kali marah cuba cermin dan lihat diri sendiri. Jika diri sendiri tidak sanggup berdepan dengan riak sendiri apatah lagi orang lain.

Bagi Dang Setia itu langkah terbaik untuk melatih diri sendiri. Boleh dikatakan ia terapi mengurangk­an perasaan amarah. Usaha lain dapatkan bantuan seperti kaunselor dan juga ahli terapi untuk menangani kemarahan dan agresif.

Dang Setia tidak jelas panas baran itu berpunca daripada sejarah saudara ketika kecil mahupun personalit­i sendiri. Tetapi sebaik-baiknya muhasabah diri dan elak untuk terus melukakan hati orang lain disebabkan mementingk­an perasaan sendiri.

Bayangkan peluang saudara untuk membina keluarga bahagia sebelum ini sudah tiga kali terlepas disebabkan sikap marah terbabit.

Malah saudara berdepan dengan pelbagai masalah kerana bertindak kasar dengan orang lain, lebih banyak keburukan daripada manfaat. Murahkan mulut untuk menuturkan ‘istighfar’. Setidak-tidaknya saudara berusaha mendamaika­n bara hati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia