Harian Metro

USAH MUDAH LETAKHARAP­AN

-

Saya menyukai seorang lelaki dikenali A dalam talian. Dia nampak tulus dan tidak pernah menunjukka­n sikap ‘gatal’ mahupun mengambil kesempatan. Saya pernah keluar dengannya dua kali dan tertarik dengan personalit­inya.

Dia tua empat tahun dan begitu santai ketika kami keluar bersama. Saya sungguh selesa, namun tidak pasti penerimaan­nya. Jika hendak bertanya kelak nampak saya seperti ‘hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong.’

Saya tidak pernah sukakan kenalan lelaki dalam talian kerana tidak percaya dengan keikhlasan mereka. Tetapi dengan A saya begitu mudah selesa dan percaya hubungan ini boleh pergi jauh. Apa perlu saya lakukan Dang Setia?

UMI, Kuala Lumpur

Tidak dinafikan gadis Melayu yang sinonim dengan adab serta santun berasa memulakan langkah menambat hati si teruna dilihat agak janggal. Namun, seperti mana bait-bait lagu ‘Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang’ kedengaran lebih masuk akal dalam situasi ini.

Andai saudari berasa kenalan itu bersikap ikhlas, saudari boleh cuba mengambil inisiatif itu untuk meluahkan rasa selesa ketika mengenalin­ya. Satu laman blog agama berkongsi mengenai sejauh mana kedudukan wanita andai perempuan itu mendahului lelaki.

Menariknya dikupas kedudukan Muslimah meminang lelaki ini perbuatan mulia berdasarka­n hadis: Telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritak­an hadis ini maka menyampukl­ah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhn­ya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai Nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” ( Riwayat Bukhari, Nasa’i dan

Ibn Majah)

Namun sebelum mengambil keputusan itu kenal pasti dulu latar belakang teman itu. Jangan terlalu meletakkan kepercayaa­n dan harapan terhadap hubungan baru itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia