Harian Metro

‘Tupai’ ugut pecah rahsia

-

Saya gadis sudah ‘ditebuk tupai’ ketika menuntut di universiti dulu. Saya gadis kampung dan apabila menuntut di ibu kota mengalami kejutan budaya. Saya sudah bertaubat dan kini ingin menyucikan diri ke arah kebaikan.

Saya bertemu dengan ‘tupai’ dulu baru-baru ini dalam seminar kerjaya.

Dia tanpa rasa bersalah mengajak saya melakukan hubungan di hotel tempat kami melakukan seminar. Hanya Allah saja tahu betapa jijik saya rasa ketika itu.

Dia mengugut akan menceritak­an hal itu pada bos saya yang kebetulan dia kenal. Saya tidak tahu apa masalahnya. Apa perlu saya lakukan? Setakat ini saya tidak akur dengan ugutan dan memikirkan untuk melawan. Tetapi dalam masa sama saya takut sejarah hitam terbuka.

GHIA, Kuala Lumpur

Usah turutkan ugutan lelaki jelek terbabit. Tergamak dia menggunaka­n tragedi silam untuk mengumpan perhatian saudari. Boleh dikatakan tindakanny­a itu disifatkan ancaman dan saudari perlu bertindak untuk melindungi keselamata­n dan maruah saudari.

Meskipun kesilapan lalu disifat sesuatu mengaibkan. Sebenarnya ada perkara lain saudari perlu titik beratkan. Saudari perlu letakkan keselamata­n diri dan melaporkan hal lelaki terbabit dengan pihak berkuasa.

Ini mengelak lebih ramai gadis pernah mempunyai memori buruk bersamanya berdepan konflik seperti itu. Selain itu muhasabah diri dan lihat keadaan itu sebagai dugaan saudari perlu hadapi dengan tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia