Harian Metro

ARIZAWATI AKTIF AKTIVITI LUAR

-

diri bersama Skuad Muda

JPJ dan sentiasa menjadi urus setia bagi setiap program diadakan terutama memupuk kesedaran serta mendidik masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Terbaharu, kami melaksanak­an program ‘Bikers Bebas Dadah’ di Litar Antarabang­sa Sepang, pada 2 hingga 4 Disember lalu.

“Program terbabit mengumpulk­an penunggang motosikal pelbagai jenis termasuk berkuasa tinggi bagi memupuk kesedaran terhadap bahaya penyalahgu­naan dadah, selain menerapkan aspek keselamata­n serta peraturan jalan raya.

“Selain itu, saya turut menjadi tenaga pelatih kepada Kadet JPJ yang ditubuhkan dua tahun lalu dan kini terdapat sejumlah 10 sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur terpilih bagi penubuhan badan beruniform ini untuk kegiatan kokurikulu­m pelajar.

“Manakala bagi aktiviti sukan saya kerap menyertai jabatan bagi pertanding­an bola jaring, bola tampar, futsal dan boling,” katanya.

Arizawati yang sudah berumah tangga sejak 17 tahun lalu berkata, walaupun banyak tugas dan tanggungja­wab dipikul dia tidak pernah mengabaika­n keluarga.

Katanya, dia bersyukur kerana suami dan tiga anaknya memahami tugas dan kerjayanya serta sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk berjaya.

“Mereka sentiasa menjadi tulang belakang untuk menjadikan saya seorang yang kuat untuk menghadapi segala rintangan bagi mencapai kejayaan dalam setiap perkara di lakukan.

“Sokongan rakan sekerja dan pihak pengurusan jabatan turut membantu saya melaksanak­an tugas dengan baik.

“Saya berharap dapat melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab dengan lebih baik pada masa akan datang untuk kebaikan semua termasuk keluarga serta jabatan,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA Kadet JPJ sewaktu program perkhemaha­n.
BERSAMA Kadet JPJ sewaktu program perkhemaha­n.
 ??  ?? ARIZAWATI menerima sijil Anugerah Pekerja Inovatif dan Kreatif 2016 sempena Hari Inovasi.
PROFIL
NAMA: Arizawati Ariffin UMUR: 37 tahun JAWATAN: Ketua Pembantu Penguat kuasa (KP22)
STATUS: Berkahwin ASAL: Perak ANUGERAH: Anugerah Perkhidmat­an...
ARIZAWATI menerima sijil Anugerah Pekerja Inovatif dan Kreatif 2016 sempena Hari Inovasi. PROFIL NAMA: Arizawati Ariffin UMUR: 37 tahun JAWATAN: Ketua Pembantu Penguat kuasa (KP22) STATUS: Berkahwin ASAL: Perak ANUGERAH: Anugerah Perkhidmat­an...
 ??  ?? MELUANGKAN masa bercuti bersama suami dan anak.
MELUANGKAN masa bercuti bersama suami dan anak.
 ??  ?? ARIZAWATI melakukan aktiviti panjat dinding.
ARIZAWATI melakukan aktiviti panjat dinding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia