Harian Metro

ELAK KELIBAT LEMBAGA

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

„ Pemandu selamat, kelindan cedera treler terbabas di LPT2

Seorang pemandu treler mendakwa mengelak kelibat ‘lembaga hitam’ yang melintas di depan kenderaan berkenaan menyebabka­n treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas susur keluar Kuala Dungun, jam 3 pagi kelmarin.

Saiful Fakri M Saidi, 25, berkata, kejadian menyebabka­n dia dan kelindan yang juga adiknya, Saiful Hairi, 18, cedera ringan.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang, Kelantan untuk menghantar bahan mineral itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan, Pahang.

“Saya sedang bercakap menggunaka­n ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit.

“Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumka­nnya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut Saiful Fakri, dia dan Saiful Hairi dibantu keluar daripada kabin treler oleh Awi.

“Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelah­an treler saya yang tersadai.

“Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurk­an treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

 ??  ?? KEADAAN treler yang terbabas sebelum terbalik di LPT2. Gambar kecil, Saiful Fakri.
KEADAAN treler yang terbabas sebelum terbalik di LPT2. Gambar kecil, Saiful Fakri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia