Harian Metro

ORANG UTAN MANJA SEMACAM Lokasi wajib dikunjungi

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Tugas menjaga orang utan bukan mudah dan memerlukan kesabaran serta minat dalam menyediaka­n kemudahan terbaik kepada haiwan itu.

Malah di Pulau Orang Utan seramai lapan renjer dan pegawai renjer yang bertanggun­gjawab ke atas pemakanan dan kebersihan 24 orang utan, di sini.

Muhammad Husni Mohd Ha, 20, berkata, dia bersama beberapa renjer lain dipertangg­ungjawabka­n sepenuhnya ke atas semua orang utan berkenaan bagi memastikan pemakanan, minuman dan persekitar­an terjaga.

Katanya, semua haiwan itu gemar menikmati buah-buahan berjus begitu juga minuman yang diberikan.

“Makanan berjus seperti oren, betik, pisang dan jambu menjadi antara menu wajib serta diberi tiga hingga empat kali setiap hari.

“Namun buah kelapa dan durian antara makanan istimewa yang paling digemari.“Pengunjung turut diberi peluang memberikan buah-buahan ini kepada mereka melalui corong khas yang disediakan di sepanjang laluan berkenaan,” katanya.

Menurut Muhammad Husni, orang utan di situ bersifat ‘memilih’ dan hanya mahukan makanan atau buah-buahan segar.

Selain itu, dia mendedahka­n haiwan itu turut gemar menikmati air sirap atau air buah-buahan.

“Setiap hari dua kali mereka diberikan minum susu bagi membantu tahap pembesaran dan kecergasan.

“Selain itu, minuman manis seperti sirap turut digemari mereka berbanding air minuman biasa,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagi Abdul Azizi Samsudin, 30, yang bertugas sebagai Pegawai Renjer di pulau berkenaan, tugasnya lebih kepada memantau gerak-geri haiwan itu.

“Tugas saya mencabar yang mana perlu membawa dan mengarahka­n haiwan berkenaan ke lokasi atau sangkar khas sama ada untuk diberikan makanan atau dibersihka­n.

“Bagi sesetengah orang utan yang ada masalah kesihatan seperti demam, kami perlu masukkan mereka ke dalam sangkar khas bagi tujuan kuarantin supaya penyakit yang dihidapi tidak berjangkit kepada yang lain.

“Selain itu, kami juga dipertangg­ungjawabka­n memastikan pengunjung tidak menyentuh orang utan berikutan bimbang terkena penyakit,” katanya.

Di pulau itu kesihatan dan rawatan untuk orang utan dikawal sepenuhnya oleh lima jururawat veterinar yang ditempatka­n, di sini dan turut dibantu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Orang Utan, Dr D Sabapathy.

Menurut Dr Sabapathy, tugasan lima jururawat di situ termasuk memberi vaksin, ubat-ubatan, proses bersalin, pembedahan dan sebagainya yang dilakukan di pulau itu yang turut mempunyai bilik rawatan khas untuk orang utan.

Bukit Merah: Kedudukan Pulau Orang Utan yang strategik berhampira­n Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), di sini menjadikan ia mudah dilawati.

Kunjungan rombongan jawatankua­sa UMNO Bahagian Bagan Serai sedikit sebanyak memberi maklumat mengenai spesies haiwan yang semakin pupus itu.

Ketua UMNO Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata, kebanyakan rombongan yang pergi ke Pulau Orang Utan pasti teruja melihat pelbagai gelagat mencuit hati haiwan itu.

Katanya, pihaknya berusaha mempromosi­kan lokasi itu sebagai destinasi wajib dikunjungi di Perak.

Haiwan bersifat ‘memilih’ hanya mahukan

makanan atau buah-buahan segar

Menurutnya, dia turut mencadangk­an kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian untuk menjadikan Pulau Orang Utan ini sebagai lokasi wajib kepada pelajar sekolah untuk dikunjungi bagi tujuan pembelajar­an.

“Di sini satu tempat bukan saja pameran malah dianggap sebagai pusat pembiakan orang utan semula jadi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Perak Tourism Managment Berhad Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata, pihaknya sebagai antara badan yang bertanggun­gjawab mempromosi negeri Perak turut memberi galakan kepada kewujudan Pulau Orang Utan itu.

 ??  ?? PEGAWAI Renjer, Abdul Azizi melayan kerenah orang utan. DR Sabapathy bersama lima jururawat veterinar bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas kesihatan 24 orang utan.
PEGAWAI Renjer, Abdul Azizi melayan kerenah orang utan. DR Sabapathy bersama lima jururawat veterinar bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas kesihatan 24 orang utan.
 ??  ?? PENGUNJUNG diberi taklimat oleh petugas sebelum menaiki bot ke Pulau Orang Utan.
PENGUNJUNG diberi taklimat oleh petugas sebelum menaiki bot ke Pulau Orang Utan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia