Harian Metro

Hotel letak perkataan Allah bawah pokok Krismas ditutup

- Agensi

Jambi: Pihak berkuasa bandar ini bertindak menutup sebuah hotel selepas ia didapati meletakkan perkataan Allah dalam tulisan Arab di lantai di bawah pokok Krismas.

Langkah itu diambil selepas Datuk Bandar Jambi H Sy Fasha mengadakan mesyuarat dengan pegawainya setelah menerima aduan daripada orang ramai mengenai perbuatan pengurusan hotel berkenaan.

“Maaf, operasi hotel ini dihentikan,” bunyi tulisan pada sekeping kertas yang ditandatan­gani oleh Sy Fasha dan ditampal pada pintu masuk hotel itu.

Hotel berkenaan dilaporkan gelap gelita kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Terdahulu, polis berkata, mereka menyoal siasat 14 saksi berkait dengan kejadian itu.

Mereka yang disoal, termasuk beberapa wartawan yang melaporkan perbuatan biadap hotel itu di media sosial.

Sekumpulan penduduk Islam dilapor bergegas ke Hotel Novita, memaksa polis mengerahka­n anggotanya dan juga meminta bantuan anggotan tentera untuk mengawal keadaan. Sementara itu, Gabenor Jambi, Zumi Zola memberi amaran keras kepada pengurusan hotel.

“Saya memberi peringatan keras kepada mereka. Mereka boleh rayakan Hari Natal. Tetapi jangan mengguris hati penganut agama lain,” kata Zumi. - Agensi

Tentera Syria yang semakin bersemanga­t selepas berjaya menawan semula seluruh Aleppo daripada kumpulan pejuang penentang Presiden Bashar al-Assad, semalam mula mengalihka­n tumpuan mereka di wilayah Homs yang letak lebih jauh ke selatan negara itu.

Tentera Syria mendakwa berjaya mengusir Daish dari beberapa kedudukan strategik di bahagian tengah wilayah berkenaan semalam.

Antara kawasan yang dikatakan berjaya ditawan semula ialah Bukit Qubbah dan kawasan sekitar di ibu negeri wilayah berkenaan.

Menurut sumber tentera, 40 anggota Daish ditembak mati dalam operasi itu.

Pada masa sama, sumber itu berkata, tentera Syria juga mematahkan serangan kumpulan penentang di daerah Jubb - al-Jarrah yang terletak kira-kira 75 kilometer ke timur bandar raya Homs.

Agensi berita rasmi Syria melaporkan, 20 penyerang

 ??  ??
 ??  ?? SEKUMPULAN askar Syria berdiri berhampira­n bangunan yang musnah di daerah Sukkari di bandar Aleppo
yang dulunya antara kubu kuat pejuang penentang kerajaan Presiden
Bashar al-Assad. - AFP
SEKUMPULAN askar Syria berdiri berhampira­n bangunan yang musnah di daerah Sukkari di bandar Aleppo yang dulunya antara kubu kuat pejuang penentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia