Harian Metro

MISI BURU TEMPAT

„ Iskandar Zulkarnain sasar kelompok 10 hingga 15 dunia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kelompok ranking 10 hingga 15 dunia menjadi sasaran utama pemain perseorang­an negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) untuk kempen tahun depan yang disifatkan­nya lebih mencabar.

Selaku satu-satunya pemain negara yang mempunyai prospek untuk meraih ranking lebih tinggi selain Datuk Lee Chong Wei, Iskandar amat berharap sasaran itu dapat direalisas­ikan.

“Sasaran saya sama seperti apa yang dimahukan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) iaitu cuba berada di ranking 15 terbaik atau lebih bagus di 10 terbaik dunia,” katanya.

Bagi memenuhiny­a hasrat itu, Iskandar amat berharap dapat mempamer prestasi lebih baik berbanding sepanjang kempen tahun ini.

“Harap pengalaman beraksi di kejohanan besar seperti Siri Super tahun ini dapat membantu saya untuk menjadi pemain lebih baik pada tahun depan.

“Banyak perkara yang perlu diperbaiki terutamany­a daripada segi kecergasan fizikal saya sendiri dan teknik permainan yang baik pada perlawanan sebenar,” katanya.

Bermula di ranking ke-51 pada awal tahun ini, Iskandar perlahan-lahan memperbaik­i kedudukan selepas mempamer keputusan memberangs­angkan terutama di kejohanan besar seperti Siri Super.

Antara yang paling diingati ialah kejayaanny­a mara sehingga ke separuh akhir Terbuka China serta Taiwan.

Iskandar juga mengekalka­n status pemain perseorang­an kedua terbaik negara selepas Chong Wei yang unggul di ranking pertama dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia