Harian Metro

KONSISTEN TERBAIK DUNIA

-

„ Liu Ying tak mahu fikir soal ranking, sasar mahu berada dalam kelompok terbaik

SOALAN:

Bukan saja peminat yang terkejut malah saya sendiri turut tidak percaya bahawa kami mampu mara hingga ke pentas akhir Olimpik sedangkan ia adalah penampilan pertama kami.

Ia seolah-olah mimpi yang menjadi kenyataan dan pasti menjadi sesuatu yang tidak akan dapat kami lupakan sampai bila-bila dan itulah antara kisah paling menarik untuk saya ceritakan kepada generasi akan datang.

Namun, saya percaya bahawa setiap usaha dan kerja keras itu pasti membuahkan hasil dan itulah yang berlaku kepada kami. Tambahan pula kami menanam semangat tinggi kerana kami sedar bahawa kami berjuang demi negara.

Walaupun sekadar pingat perak namun ia sangat bermakna buat kami kerana saingan di pentas Olimpik bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi.

Di temasya itu, Malaysia meraih tiga pingat perak dan kami harus berbangga kerana kami adalah antara atlet yang berjaya menghadiah­kan salah satu pingat berkenaan.

Apatah lagi, pencapaian secara keseluruha­n itu adalah yang terbaik pernah diraih kontinjen negara sepanjang terbabit dengan temasya Olimpik.

Secara peribadi, saya sudah berpuas hati kerana sasaran awal ialah untuk meraih pingat gangsa di temasya berkenaan.

Saya melihat apa yang kami lakukan di Olimpik Rio bakal menjadi tonik terbaik untuk saya dan Peng Soon melangkah dan melakar keputusan yang lebih baik di peringkat antarabang­sa selepas ini.

Bagaimanap­un, kami tidak boleh terburu-buru dalam mengejar kejayaan sebaliknya kami perlu merancang dengan teliti agar mampu mendapatka­n keputusan yang diharapkan.

Bermula tahun depan, saya tidak mahu terlalu memikirkan soal ranking sebaliknya cukup kalau kami sekadar konsisten berada dalam kelompok lima terbaik dunia.

Tumpuan utama saya pada tahun depan adalah untuk meraih Kejuaraan Dunia di Scotland yang bakal berlangsun­g Ogos nanti. Itu adalah matlamat yang ditetapkan tetapi selain itu kami juga mahu meraih beberapa gelaran Siri Super.

Saya sedar ramai yang mengharapk­an kami terus cemerlang selepas persembaha­n membanggak­an di Rio apatah lagi belum pernah ada beregu campuran negara meraih pencapaian seperti yang kami lakukan.

Bagaimanap­un, saya tidak mahu menekan diri sendiri dengan meletakkan sasaran tertentu seperti emas di Olimpik Tokyo kerana ia akan hanya merosakkan perjalanan kami.

Sebaliknya kami akan mengharung­i pertanding­an demi pertanding­an sambil berusaha melakar keputusan yang boleh dibanggaka­n.

Untuk itu, saya perlu sentiasa berusaha keras pada setiap sesi latihan dan mencari ruang untuk meningkatk­an prestasi bagi memastikan kejayaan yang dicapai setakat ini bukan bersifat sementara.

 ??  ??
 ??  ?? PENG Soon (kiri), Liu Ying rangkul Perak Olimpik Rio.
PENG Soon (kiri), Liu Ying rangkul Perak Olimpik Rio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia