Harian Metro

BIDIKAN GEGAR DUNIA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Ayat ‘Bismillah’ tak pernah lekang dari bibir Hannah untuk cari fokus sebelum tarik busur

Siapa sangka seawal usia 12 tahun, bidikan pemanah cilik negara Hannah Irdina Hazudin hampir menggegar dunia apabila berjaya mengejutka­n pencabar lain dengan meraih pingat perak pada Kejuaraan Piala Dunia Memanah Dalam Dewan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Walaupun tampil buat pertama kali di pentas antarabang­sa sebagai peserta ‘underdog’, Hannah tetap tenang ketika mula menyasarka­n anak panah yang kemudian tepat menuju ke sasaran sekali gus menumbangk­an beberapa pemanah pilihan.

Berkongsi saat gemilang itu, anak sulung daripada dua beradik berkenaan berkata, bukan mudah bagi seseorang pemanah untuk mendapatka­n ‘mood’ yang tenang terutamany­a apabila bersaing dengan pencabar luar.

Bagaimanap­un, bekas murid Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (SKBJ), Shah Alam itu mengaku ayat ‘Bismillah’ tidak pernah lekang dari bibirnya sebelum menarik busur.

“Dalam sukan memanah, perkara paling penting adalah bagaimana seseorang itu mampu mengawal emosi dan perasaan. Jika mempunyai alatan terbaik dan moden sekalipun, kalau gagal memberi fokus dan tumpuan, kemungkina­n anak panah tidak akan tepat menuju ke sasaran tetap ada.

“Kita perlukan ketenangan, kesenangan, fikiran yang kosong dan tumpuan sepenuhnya. Rahsia saya mudah, iaitu jaga solat dan setiap kali membuat panahan saya akan membaca Bismillah.

“Alhamdulil­lah, setiap kali saya lepaskan panah ia pergi tepat ke sasaran dan cukup menenangka­n jiwa dan hati saya,” katanya yang tewas kepada pemanah Thailand pada aksi kemuncak dalam kategori Bawah 13 Tahun recurve novis wanita.

Mengimbas kembali pembabitan awalnya dalam sukan itu, Hannah menamakan ayahnya, Hazudin Badaruddin sebagai individu paling penting yang mendokong minatnya itu.

“Saya mula mengenali sukan ini pada November tahun lalu. Ingat lagi, ada Program Hari Terbuka dan ayah suruh cuba memanah. Jadi saya pun cuba tak sangka daripada situ ayah kata saya ada bakat.

“Selepas itu, saya berlatih di bawah kendalian jurulatih yang ayah cari. Lama kelamaan, saya semakin hampir dan minat dalam sukan ini, malah pencapaian juga amat membanggak­an apabila berjaya meraih pelbagai kejuaraan di peringkat daerah dan negeri.

“Bayangkan daripada perempuan yang lembik, sekarang saya kena kuat dan makin bersemanga­t untuk melangkah ke depan,” katanya yang menjadikan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio dari Korea Selatan Ku Bonchan sebagai idolanya.

Malah, Hannah turut melaungkan harapan untuk melangkah ke pentas Olimpik dengan tekad mahu menggengga­m pingat di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Saya nak pergi Olimpik, mewakili Malaysia sampai ke sana. Itu cita-cita saya. Azam saya kuat sangat untuk membawa nama Malaysia,” katanya yang kini berlatih di bawah kelab SKBJ Wolfpack Archery.

Sementara itu, Hazudin yang ditemui amat berbangga di atas pencapaian luar biasa anaknya itu biarpun pada awalnya langsung tidak diberikan sebarang harapan.

“Memang terkejut dengan kejayaan Hannah melangkah hingga ke final (Piala Dunia Memanah Dalam Dewan).

“Ia membuktika­n bahawa Hannah mempunyai kualiti dan jika diberi lebih banyak pendedahan di peringkat antarabang­sa, mungkin anak saya boleh menghadiah­kan pingat di Sukan Olimpik ataupun di kejohanan dunia,” katanya.

 ??  ?? HANNAH sentiasa fokus membuat bidikan.
HANNAH sentiasa fokus membuat bidikan.
 ??  ?? HANNAH memperaga pingat yang diperolehi.
HANNAH memperaga pingat yang diperolehi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia