Harian Metro

‘AKSI BOXING DAY SANGAT ISTIMEWA’

- Agensi

London

Jose Mourinho mendakwa beliau tidak keberatan untuk bertugas sehari selepas perayaan Krismas kerana ia akan memberi faedah dan keseronoka­n buat peminat Manchester United yang mahu melihat aksi pemain kesayangan mereka, tidak kira sama ada di Old Trafford atau di seluruh dunia.

Reds sedang bersiap-siap untuk berdepan Sunderland pada perlawanan Liga Perdana dan ia bermakna anak buah Mourinho perlu turun menjalani latihan pada hari perayaan itu disambut dan terpaksa bermalam di hotel berbanding di rumah masing-masing.

Walaupun keluarga pengurus dan pemain United pasti merindui mereka, Mourinho tegas mengatakan bahawa semua pemain sedar dengan kepentinga­n perlawanan sehari selepas Krismas buat penyokong setia Reds.

Ditanya apakah makna Krismas buat seorang pengurus Liga Perdana, Mourinho berkata: “Saya sukakannya! Saya tahu keluarga kami pasti merindui dan mahu kami berada bersama mereka tetapi mereka akan tetap menyayangi kami.

“Mereka sudah biasa dengan keadaan ini, mereka tahu bahawa kami semua sukakan bola sepak. Kami berbangga kerana kami dapat menghadiah­kan sesuatu untuk ditonton pada hari di mana tidak ada liga lain di dunia yang meneruskan perlawanan dalam tempoh itu.”

Mourinho

menambah: “Justeru, keluarga kami pasti gembira kerana kami juga gembira. Saya sukakannya dan bagi saya perlawanan Boxing Day adalah sangat istimewa dan kami dapat memberikan hadiah buat individu yang sukakan bola sepak.

“Kita semua tahu bahawa rakyat negara ini sukakan bola sepak, warga Manchester pula sayangkan Manchester United dan tidak ada sebab untuk saya tidak gembira bekerja pada Boxing Day.”

„ Mourinho akui aksi sehari lepas Krismas beri faedah kepada

peminat Manchester United

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia