Harian Metro

Tiada beza hari Krismas atau biasa

-

London: Per Mertesacke­r mungkin belum bersedia untuk kembali bermain secara kompetitif tetapi itu tidak bermakna dia boleh melupakan bola sepak dan berehat pada hari Krismas. Bekas pemenang Piala Dunia itu sudah berada di Emirates selama lima tahun dan berkata, tanggungja­wabnya selaku kapten membuatkan dia tidak membezakan Krismas dengan hari lain.

“Kami akan mengharung­i dua perlawanan di mana saya mungkin tidak dapat bermain,” kata Mertesacke­r. “Saya boleh menarik nafas lega tetapi saya tidak akan menjauhkan diri daripada semua pemain kerana saya akan memberikan mereka sokongan.

“Saya tidak boleh melupakan bola sepak. Saya perlu berlatih untuk memastikan tahap kecergasan saya berada pada tahap sepatutnya. Cuma saya tidak terlalu merasakan tekanan kerana saya tidak bermain tetapi saya tetap berlatih seperti biasa kerana saya tidak sabar untuk turun.

“Memang bagus jika dapat meluangkan masa bersama keluarga tetapi ini adalah tempoh penting buat kami apatah lagi kami sedikit bergelut sejak kebelakang­an ini.

“Sepanjang tempoh ini, kami pasti sibuk tetapi jika anda mahu berada di kedudukan baik pada 2017, anda perlu bermula sekarang.”

Pemain antarabang­sa Jerman itu bagaimanap­un mengaku dia bukanlah terlalu suka untuk bermain pada hari perayaan tetapi perasaan itu sudah berubah sejak dia berada di London.

“Ia adalah tradisi di sini dan saya mengambil masa selama dua atau tiga tahun untuk menyesuaik­an diri,” katanya. “Pada tahun pertama, saya merasakan ia sesuatu yang pelik.

“Kini, saya tidak lagi keberatan untuk bermain kerana ia adalah hadiah buat penyokong. Di England, semua penyokong tidak sabar untuk bermain pada perlawanan sehari selepas Krismas.” - Agensi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia