Harian Metro

TEVEZ SERTAI SHENHUA?

- Reuters

„ Angelici akui sukar tolak tawaran lumayan

Penyerang Carlos Tevez sedia meninggalk­an Boca Juniors untuk menyertai Shanghai Shenhua bulan depan, lapor media Argentina, kelmarin.

Awal bulan ini, kelab Liga Super China itu dilaporkan membuat tawaran sebanyak 84 juta euro (RM392.8 juta) untuk mendapatka­n khidmat Tevez.

Pemain berusia 32 tahun itu yang berkahwin buat kali kedua, Khamis lalu dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai perpindaha­nnya itu minggu depan.

Dia dikhabarka­n sudah menandatan­gani kontrak selama dua tahun bersama Shenhua yang sedang dibimbing bekas pemain tengah

(gambar)

Uruguay Gus Poyet.

“Dengan tawaran lumayan seperti itu, sukar baginya untuk menolak,” kata presiden Boca Daniel Angelici.

Terdahulu, pendahulu Liga Perdana Inggeris Chelsea mengumumka­n bahawa pemain tengah Brazil Oscar akan menyertai Shanghai SIPG tahun depan.

Tidak ada sebarang yuran perpindaha­n didedahkan tetapi laporan media menyebut kelab itu sedia membayar sebanyak 60 juta euro (RM280.5 juta) untuk mendapatka­n Oscar.

Tevez yang pernah mewakili West Ham United, Manchester United, Manchester City dan Juventus sepanjang 10 tahun di Eropah selepas meninggalk­an Boca untuk menyertai Corinthian­s pada 2005, menamatkan kariernya bersama kelab Argentina itu dengan penuh bergaya.

Selepas membantu mereka memenangi liga musim lalu, dia muncul wira ketika pasukannya menang 4-2 ke atas River Plate dua minggu lalu dan kemenangan itu melonjakka­n Boca ke tangga teratas liga.

Tevez meninggalk­an kelab ketika prestasi mereka di tahap terbaik. Mereka meledak 12 gol sepanjang tiga kemenangan berturut-turut tetapi pemain tengah Fernando Gago mungkin mengikut jejak Tevez selepas media mengaitkan­nya dengan sebuah lagi kelab China.

“Kami sedang berbincang dengan ejen Gago. Kami menerima tawaran daripada kelab China dan jika besar, kami mungkin tidak dapat menandingi harganya,” kata Angelici.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia