Harian Metro

TAK MAHU GANGGU: ANNUAR

-

„ Serah keputusan hala tuju KAFA kepada kongres

Dalam perkembang­an lain, menerusi akaun Facebook miliknya, Annuar berkata Kelantan sebenarnya boleh berbangga kerana pasukan itu dibangunka­n dari bawah oleh sukarelawa­n yang terdiri daripada rakyatnya sendiri.

“Kita punya hubungan baik dengan semua dan kita tidak mencampuri cara orang lain menguruska­n diri mereka. Kita dengan cara kita walau sememangny­a kita daif. Kita dididik cara Klate.

“Kita sering meminjamka­n pemain, kita mengalah dalam perebutan pemain, kita menyokong orang yang kita fikir layak memimpin persatuan, kita membiarkan penghijrah­an pemain ke pasukan lawan, cuma yang pasti kita boleh berkawan tapi tidak boleh disogok lawan,” katanya.

Beliau juga berharap KAFA dapat memberi dan membuka peluang kepada kepimpinan yang layak untuk menerajui tampuk kepimpinan persatuan itu.

“Selepas bertahun-tahun meraih kejayaan, tidaklah salah kita buka ruang pimpinan kepada sesiapa yang lebih baik dalam kalangan kita, rasanya itu lebih baik daripada saya menjadikan kejayaan pasukan sebagai hak peribadi.

“Justeru, biarlah jawatan terus terbuka kepada yang mahu. Namun hak untuk saya membantu, beri pendapat, berFaceboo­k, menonton dan menjadi penyokong TRW adalah hak saya selama-lamanya sebagai anak Klate.

“Setakat mampu saya tetap membantu. Sebagai wakil rakyat tentulah saya menghargai suara rakyat...saya tidak memerintah. Saya naik turun bersama rakyat. Mereka berkuasa atas saya...selebihnya saya sentiasa bertawakal dan berserah pada Allah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAFA bakal adakan kongres luar biasa 29 Disember nanti.
KAFA bakal adakan kongres luar biasa 29 Disember nanti.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia