Harian Metro

‘Jaga kebajikan pemain’

-

Kuala Lumpur: Penjaga gol terbaik kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (gambar) berharap agar kebajikan pemain Kelantan akan terus terjamin andai mereka tidak dapat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, semua pemain sudah bersedia berdepan segala kemungkina­n hasil Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada 29 Disember ini untuk memutuskan hala tuju pasukan yang kini terhimpit dengan masalah kewangan.

“Kami masih lagi berlatih seperti biasa, apa saja kemungkina­n yang terjadi, kami sudah bersedia, apa saja keputusan 29 Disember nanti kami sudah bersedia.

“Sekiranya keputusan tak memihak kepada pasukan, saya harap pihak pengurusan perlu jaga kebajikan pemain,” kata Khairul Fahmi ketika ditanya mengenai situasi pemain berhubung kemelut yang melanda Kelantan.

Di sebalik nasib Kelantan yang terumbang-ambing tanpa sebarang kejuaraan sejak 2012, Khairul Fahmi atau turut dikenali sebagai Apek masih mampu mengukuhka­n statusnya sebagai penjaga gol nombor satu negara.

Dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 kelmarin, dia meraih trofi Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima sejak 2010.

Bagi Khairul Fahmi, dia berharap kejayaan itu mampu menjadi pemangkin bukan saja untuk dirinya tapi rakan-rakan lain untuk terus meningkatk­an prestasi.

“Alhamdulil­lah, ini anugerah kelima saya. Saya bekerja keras untuk ini, terima kasih kepada pihak pengurusan, penyokong.

“Kemenangan ini bukan membuktika­n saya lebih daripada mereka, kami sama saja, bagi saya ini lebih kepada rezeki saya, bagi rakan-rakan penjaga gol yang turut dicalonkan, ini adalah kemenangan untuk kami semua,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia