Harian Metro

SETIA BERSAMA KEDAH

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Rizal lega tamat kontrovers­i perpindaha­nnya ke FELDA United

Pemain pertahanan terbaik kebangsaan Mohd Rizal Ghazali mengesahka­n dia akan kekal bersama Kedah musim depan sekali gus menamatkan spekulasi perpindaha­nnya ke FELDA United.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini dilaporkan menjadi rebutan antara Kedah dengan naib juara Liga Super musim lalu FELDA United.

Pihak pengurusan FELDA United mendakwa Rizal sudah menandatan­gani kontrak bersama mereka sebelum membuat pusingan ‘U’ apabila menyambung kontrak baharu dengan skuad Helang Merah.

Bagaimanap­un, Rizal yang meraih anugerah Pemain Pertahanan Terbaik pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 kelmarin mengakui segala kemelut itu sudah selesai.

“Setakat ini Alhamdulil­lah, sudah selesai dan saya akan kekal dengan Kedah. Tak ada apa-apa masalah,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

Pengakuan Rizal itu sesuatu yang mengejutka­n apabila Arena Metro sebelum ini melaporkan pihak pengurusan FELDA United berkeras untuk tetap menyenarai­kan pemain kebangsaan itu biarpun terpaksa merujuk kepada Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Rizal yang menjadi wira Kedah menjulang Piala Malaysia tahun ini mahu fokus untuk terus melakar kejayaan bersama pasukan negeri dan kebangsaan.

“Tahun depan perlu fokus kerja saya ke tahap lebih tinggi. Insya-Allah kalau ada rezeki dengan skuad kebangsaan saya akan lakukan lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe gembira apabila tonggak pertahanan itu terus kekal bersama pasukan.

“Bagi saya terserah kepada pihak pengurusan, saya rasa pihak pengurusan sudah selesaikan kes Rizal dan memang kita gembira dia dapat bersama dengan Kedah bagi musim 2017,” katanya.

Cheng Hoe yang turut diiktiraf sebagai Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2016 mengesahka­n beliau bakal menyambung kontrak baharu dengan Helang Merah buat tahun keempat.

“Perbincang­an mengenai kontrak hampir selesai untuk saya terus bersama Kedah sehingga musim 2017. Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Kedah, barisan kejurulati­han, guru saya Datuk K Rajagobal, pemain dan penyokong atas anugerah yang saya terima ini,” jelasnya.

 ??  ?? RIZAL (depan) sebelum ini jadi rebutan FELDA United dan Kedah.
RIZAL (depan) sebelum ini jadi rebutan FELDA United dan Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia