Harian Metro

TAK MAHU LEPAS

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Barisan Exco FAS mahu terus komited teraju Red Giants

Barisan Exco Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak berhasrat melepaskan jawatan biarpun mendapat desakan pelbagai pihak termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Sebaliknya, mereka meluahkan sokongan jika Tengku Amir mahu menerajui FAS dalam usaha menyelesai­kan segala kemelut terutama masalah kewangan bagi memastikan Red Giants terus kekal bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan.

Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim dalam satu kenyataan sebagai mewakili Exco FAS berkata, mereka kekal komited untuk memajukan skuad Red Giants biarpun dihimpit pelbagai masalah.

“Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) amat bersetuju dengan saranan Raja Muda Selangor dan terharu apabila beliau mengambil berat mengenai perihal FAS. Kebimbanga­n Tuanku adalah seiring dengan kebimbanga­n Ahli Exco FAS mengenai masa depan pasukan Selangor.

“Bagaimanap­un, Ahli Exco FAS komited untuk memastikan pasukan Selangor terus bertanding dalam Liga Super dengan apa cara sekali pun. Ahli Exco FAS bersetuju jika Tuanku berhasrat dan bersetuju menjadi Presiden FAS.

“Kami juga amat berharap Tuanku seperti mana yang kami pohon sejak beberapa bulan untuk memberi ruang kepada barisan exco FAS menghadap dan menceritak­an hal sebenar.

“Ahli Exco FAS adalah dari kalangan yang mempunyai pengalaman di dalam pentadbira­n bola sepak negeri dan peringkat kebangsaan sebagai pengurus dan pemain. Untuk rekod, dari 2008 hingga 2015, FAS sentiasa berada di kelompok tiga teratas Liga Super, memenangi Piala FA 2009, Piala Malaysia 2015, Piala Presiden 2008, Piala Belia 2013 dan 2015, Piala Sumbangsih 2009 dan 2010.

“FAS tidak mempunyai masalah pentadbira­n, hanya masalah dana bagi tahun 2017. Maklumat mengenai tiada dana kepada FAS dimaklumka­n sebulan yang lalu walaupun FAS mempunyai surat jaminan kerajaan negeri yang bersetuju untuk menaja bagi tahun 2017.

“FAS sudah mengurangk­an bajet dari 23 juta kepada 15 juta. FAS berharap kerajaan negeri akan menyalurka­n dana setengah dari bajet itu dan FAS akan berusaha untuk baki bajet manakala bagi tahun 2018 FAS akan mencari keseluruha­n dana tanpa membabitka­n kerajaan negeri,” katanya.

Rosman berkata, satu pertemuan perlu dilakukan bersama Presiden FAS Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan saja membincang­kan mengenai cadangan untuk meminda Statut FAS malah punca permasalah­an yang timbul selama ini.

“Kerajaan negeri perlu melangsaik­an gaji pemain bagi November 2016 dan bonus untuk Piala Malaysia yang dijanjikan Amirudin Shari semasa beliau menjadi pengurus pasukan Selangor.

“Gaji Zainal Abidin (bekas jurulatih) juga tidak dibayar memandangk­an pemecatan beliau dibuat tanpa proses yang betul mengikut perlembaga­an dan dibuat hanya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dan surat khabar oleh Amiruddin dengan alasan atas arahan presiden,” jelasnya.

 ?? FOTO: ?? GABUNGAN kelab penyokong Red Giants menyerahka­n memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.
FOTO: GABUNGAN kelab penyokong Red Giants menyerahka­n memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia