Harian Metro

Azminsokon­g rombak kepimpinan

- Icka S Hassan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik cadangan untuk melakukan rombakan ke atas barisan kepimpinan organisasi itu dalam usaha untuk meletakkan kembali skuad Red Giants dalam landasan kejayaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan, elemen tidak baik dalam organisasi itu perlu disingkirk­an seperti yang dituntut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

“Saya menyambut baik gesaan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah untuk melakukan rombakan besar-besaran dalam FAS. Gesaan ini tepat pada masanya susulan banyak publisiti negatif diterima serta kebimbanga­n penyokong Red Giants menerusi media sosial.

“Saya mengambil kesedaran dengan cadangan diberikan dan sebagai Presiden FAS perlu memperkena­lkan barisan baru yang bebas daripada pengaruh politik, berkelayak­an, bertenaga dan mampu memberikan kejayaan.

“Sejarah kegemilang­an Red Giants tidak boleh dikorbanka­n hanya kerana tindakan segelintir pihak yang mementingk­an diri dan tidak bertanggun­g jawab,” kata Azmin dalam satu kenyataan media semalam.

Arena Metro sebelum ini melaporkan bahawa kemelut yang melanda FAS mendapat perhatian Tengku Amir apabila beliau menyuaraka­n kebimbanga­n dan mahu mereka yang gagal melaksanak­an tugas dalam FAS supaya mengundurk­an diri.

Ketika ini, ahli Exco FAS bergelut untuk mendapatka­n dana sekurang-kurangnya RM15 juta bagi memastikan Selangor beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Azmin yang sebelum ini hanya mendiamkan diri dengan tuntutan bajet FAS berkata, kewangan pasukan perlu diuruskan dengan baik bukan hanya menerusi bantuan kerajaan negeri tapi juga syarikat luar.

“Cadangan komprehens­if pemasaran perlu dirangka bagi mendapatka­n sumber kewangan lebih kukuh untuk masa depan,” katanya. Shah Alam: Penyokong Red Giants menggesa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali supaya segera melakukan rombakan ke atas pentadbira­n Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan) Mohd Faizal Wahid berkata, keputusan rombakan itu wajib dipatuhi semua Ahli Mesyuarat Eksekutif FAS.

“Gesaan ini perlu dilakukan demi kegemilang­an pasukan Selangor selain FAS perlu diselamatk­an dengan segera.

“Kini secara jelas beberapa individu bersekongk­ol dan berniat supaya masalah dihadapi FAS tidak ditangani. Ia bagi membolehka­n polemik ini berpanjang­an selain memberi kepentinga­n politik hanya kepada pihak tertentu,” katanya selepas menyerahka­n memorandum berhubung perkara itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam.

Memorandum itu diterima Laskar Kanan Pegawai Istana Khairul Redzuan Saamaton.

Mohd Faizal berkata, mereka turut menuntut penswastaa­n pasukan Selangor yang direncanak­an Azmin yang juga presiden persatuan itu digagalkan.

“Kami gabungan 11 kelab penyokong Selangor memohon perkenan dan perhatian Sultan Selangor mengembali­kan kepercayaa­n serta keyakinan rakyat atau pihak korporat untuk menaja perkembang­an bola sepak negeri,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menerusi akaun rasmi Instagram miliknya kelmarin menuntut Presiden FAS memperkena­lkan barisan baharu yang bebas daripada pengaruh politik.

Ia juga perlu berdasarka­n merit, bertenaga dan dapat membuahkan hasil positif terhadap pasukan bola sepak kesayangan rakyat Selangor itu.

FAS sebelum ini berdepan masalah peruntukan dan memerlukan bajet minimum RM15 juta bagi meneruskan penyertaan bagi saingan musim depan.

Ini sekali gus menyaksika­n mereka berkemungk­inan terpaksa menarik diri andai bajet minimum yang diperlukan gagal diperoleh dalam tempoh terdekat.

 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia