Harian Metro

Himpunan bela Rohingya

-

Hattan, Jamal Abdillah, Rosyam Nor, Siti Nurhaliza, Amy Search

dan Erra Fazira antara paling awal memberi persetujua­n

bidang lain.

Kali ini wartawan dari pelbagai media cetak dan elektronik pula memerlukan artis apabila Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menganjurk­an Doa Untukmu Rohingya pada 1 Januari 2017.

Program membuka tirai tahun baru itu cukup bermakna dan bakal mencatat sejarah buat WHAM apabila menghimpun­kan 1,000 pejuang seni tanah air termasuk penyanyi, pelakon, seniman, pelukis, pemuzik dan pemuisi bagi menyatakan rasa prihatin terhadap nasib yang sedang melanda umat Islam bangsa Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Kata Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, program bersifat kemasyarak­atan itu adalah himpunan rasa yang bergulir dalam diri seniman tanah air yang turut terkesan melihat apa yang berlaku di Myanmar.

Dalam kemelut yang belum berakhir itu, umat Islam Rohingya dibunuh kejam, dirogol, dikelar dan dibiarkan kelaparan. Mereka turut berduka dan meratapi nasib yang menimpa kepada saudara seagama.

Justeru, WHAM mahu menggabung­kan suarasuara hati itu untuk diluahkan dengan satu suara iaitu Doa Untukmu Rohingya yang bakal menghimpun­kan 1,000 seniman.

WHAM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO memberi ruang kepada insan seni untuk sama-sama meluahkan simpati dan rasa hati mereka melalui puisi, lagu puisi, nasyid dan lagu kemanusiaa­n.

Selama 10 jam dari jam 2 petang, semuanya bersatu hati meluahkan rasa dan suara mereka di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ikutkan, projek ini disifatkan sesuatu yang mustahil kerana mana mungkin mampu mengumpulk­an 1,000 insan seni dalam perancanga­n singkat. Tambah pula ini projek amal yang tidak menjanjika­n imbuhan wang ringgit atas komitmen dan keringat dicurahkan.

Tapi alhamdulil­lah, niat yang baik dipermudah­kan Yang Maha Kuasa. Dengan hanya undangan mulut ke mulut atau melalui pesanan ringkas, namanama besar seperti Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Rosyam Nor, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Erra Fazira antara insan seni paling awal memberi persetujua­n.

Itu belum lagi artis popular seperti Rozita Che Wan, Mia Ahmad, Tasha Shilla, Uqasha Senrose, Johan Asa’ri, Aizat Amdan, Zarul Umbrella, Nabil Ahmad, Azharina, Izreen Azminda, Indah Ruhaila dan Janna Nick, semuanya gembira dapat membantu.

Ramai lagi kalau ingin dinyatakan di sini seperti Soffi Jikan, Aiman Tino, Khir Rahman, Azrel

Ismail, Azzarima, Nadia Mustafa, Ellie Suriaty,

Ernie Zakri, Syed Shamim, Encik Mimpi dan Fimie Don.

 ??  ?? POSTER Doa Untukmu Rohingya.
POSTER Doa Untukmu Rohingya.
 ??  ?? NEELOFA membaca puisi.
NEELOFA membaca puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia